in

EID SIDEK: TOK NEBAN TOURING PENUNGGU BORDER BUKIT KAYU HITAM!

Sejarah Hidop dan Throwback Indochina Ride 2012

Dalam masa sepuloh tahon kebelakangan nih, budaya turing atau kembara dengan jentera Kapcai ataupon dibawah 250cc dah jadi macam satu trend di seluroh Malaysia. Sebelom benda ni menjadi budaya dan trendy, mesti ianya dimulakan ataupon dirintis oleh Raida Raida otai kan? Ada banyak jugak otai2 yang merintis jalan nih, antaranya adalah Bang Eid Sidek dari Kedah Darul Aman. Harap MB Kedah yang baru ni dapat membeli Ford Raptor disuatu hari nanti. Gua pon teringin nak pakai jugak YB keh keh!

Dalam kalangan penTuring di Malaysia nih, nama Bang Eid memang top lah. Grup Fesbuk AdventureTuringMalaysia tu dia lah antara yang jadi Admin. Bang Eid dok di Jitra Kedah, hanya lebeh kurang 15-20 Kilometer aja untok sampai ke Border Bukit Kayu Hitam/Thailand. Dari segi pengalaman pi ke Siam memang takyah nak sembang pandai lah dengan dia. Dia dok ulang alik pi Siam masa umor belasan tahon lagi, dan kini dia dah berumor 56 tahon, hanya sebulan dua saja lagi nak Pencen sebagai kakitangan awam. Lepas pencen ni hangpa buleh tengoklah dia nak sambong ride pi mana pulak Nohhh!

Bang Eid tersangkot kedalam kegilaan dunia Dua Roda nih bermula ketika dia umor belasan tahon lagi. Masa tu tak mampu lagi nak pakai motor, tapi disebabkan semangat yang membara terok kepada kenderaan dua roda, dia memulakan langkah pertama dengan mengayoh gerek/basikal dari Kampong Putat, Padang Sera Kedah ke Pesta Pulau Pinang yang jaraknya lebeh kurang 100 Kilometer! Kejadian bersejarah ini berlaku pada tahon 1980, dan pengembaraan penoh debu, angin lintang dan onak duri itu hanya berbekalkan segantang beras dan duit 20 ringgit. Ini adalah permulaan yang kekal tersemat dalam kenangan Bang Eid. Dengan permulaan berkayoh itulah dia teros terjerumus ke lembah pengembaraan jentera Dua Roda hinggalah ke hari ini.

Selepas berkerjaya dan mampu pakai motor sendiri, maka pulas throttle pon makin panjang lah. Sekitar 1993, Bang Eid dah sampai ke Phuket dah dengan Honda Africa Twin 750. Lepas tu dia teros pergi dan pergi dan pergi hinggalah kesempadan China. Dalam bab Turing bermotorsikal nih, Bang Eid menjadikan Allahyarham Shuhaimi Joleman sebagai mentor dia. Arwah Shuhaimi adalah individu yang banyak mempengarohi Bang Eid dalam dunia Turing nih. Al Fatehah buat Arwah Shuhaimi.

Selama Bang Eid dok main motor nih, dia dah pakai macam2 jenis motor antaranya Honda bulat 70cc 1981, Yamaha Y80 1982, Honda EX5, Kawasaki Vulcan 800, 1993 Honda Africa Twin 750, Kawasaki KLE 500, Yamaha LC 135, Skooter SYM VTS200, Yamaha FZ150i lampu bulat 1st model, Yamaha FZ150i 2016 dan jugak paling terkini Modenas Bajaj 200. Dalam kesemua model2 tuh, Bang Eid pileh Yamaha FZ150i sebagai jentera yang paling sempoi, save minyak dan terbaiklah untok pengembaraan. Memang tak dapat dikomen atau dibahas panjang lebar pasai Yamaha FZ150i nih kalau dalam bab Turing. Kak Nita yang Ride Round The World pon pakai Yamaha FZ150i jugak. Terbukti terbaik untok segala segi. Jentera ni hanya kalah tang rupa bentoknya/ Design nya saja. Nampak macam motor untok orang2 pencen, motor orang tua yang takdak taste. Tapi kalau dah bawak sekali Yamaha FZ150i nih, dan kalau dah pernah lap kat koner sekali, memang kompom akan jatoh cinta teros dengan FZ150i ni Gua cakap Lu !

Selama dok main motor dan dok terjah ke serata pelusok negara, ada beberapa pengalaman yang agak cemas jugak terjadi dalam diari Bang Eid. Pernah satu masa, Bang Eid ride solo ke Bangkok. Bila nak balek semula ke Malaysia, Bang Eid sudah lost. Tersesat ntah sampai kemana ntah. GPS mana ada lagi masa tu, kompas pon dia lupa bawak. Peta pon taktau dah hilang tang mana dah masa tu. Tanya orang2 disana pon macam paham tak paham saja. Akhirnya Bang Eid guna cara paling purbawara lah. Dia guna matahari sebagai pedoman Timor dan Barat untok balek ke Malaysia. Ini memang kaedah yang rare lah, tapi Alhamdulillah dia berjaya sampai ke Malaysia dengan selamat. Ilmu panduan matahari jurus ke 6 nih Lu Orang buleh pi menuntot dengan Bang Eid lepas PKP nih. Betoi lah sekarang ni ada GPS apa semua tuh, tapi mungkin ada masa2 tertentu kita terpaksa guna kaedah ilmu matahari wiro sableng 1221 tu jugak. Kalau nak jumpa Bang Eid sila bawak Surya barang sekotak dua Nohhh!

Ride secara solo paling jauh pernah dibuat Bang Eid adalah pada tahon 2012 dengan sebuah jentera Demak DTM 150. Jentera Demak model scrambler ni pada mulanya kami mintak sponsor dari kilang Demak di Batu Caves tuh. Tapi dah lupa apa sebabnya, permintaan tajaan motor tu tak lulus. Tapi nak dijadikan cerita tu, kebetolan Gua memang baru beli sebijik Demak DTM 150. Bila dah permohonan tajaan tak lulus, sedangkan Bang Eid dah buat persiapan dah masa tu, maka Gua bagi Bang Eid pakai lah DTM kepunyaan Gua tuh. Kami sebenarnya masa tu dah plan nak celebrate di Pattaya Bikeweek 2012. Cuma kami pergi ke Pattaya secara asing2 lah. Tim Majalah Kapcai pi Pattaya naik belon, dan Bang Eid ride solo Demak DTM 150 ke Indochina. Bang Eid ride awal dua tiga minggu sebelom event Pattaya Bike Week 2012 dan dia telah merantau ke Laos, Myanmar, Cambodia serta Siam lah.

Memang Gua sendiri masa tu dok doa banyak2 agar Jentera Demak tu sehat dan tak buat apa2 hal masa tengah kembara tuh. Syukur Alhamdulillah, Bang Eid berjaya mengharongi 4 negara tersebot dengan jayanya. Cuma time on the way nak balek Malaysia, sekitar Chumpon kalau tak silap, Bang Eid jadi lemah, pening muntah dan cirit bin birit. Dia kena keracunan makanan! Banyak kali dia berenti rehat dan makan ubat, tapi kesannya tak berapa nak hilang. Akhirnya dia gagahkan jugak ride pelan2 dan Alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia. Untok ride solo dengan Demak DTM 150 nih, Bang Eid mengambil masa 22 hari secara keselurohannya. Buat makluman semua, jentera DTM 150 yang penoh bersejarah itu kini ada dibawah bangsal rumah Gua kat kampong. Kondisinya memang berdebu dan bersawang lah. Ianya kekal dengan spec ori kilang dan inshaAllah ada masa nanti Gua nak dressing semula jentera tu. Mohon maaf tak akan dijual okay hehe…

Bila ditanya, kat negeri atau tempat atau lokasi mana yang Bang Eid berhajat nak pi tapi maseh belom ada rezeki lagi untok kesana, maka Bang Eid tuntas menjawab, Mekah dan Baitulmaqdis! Ya.. ini tempat impian bagi semua umat muslim seluroh dunia. Pesan Bang Eid kepada pendatang baru dalam dunia pengembaraan Dua Roda nih adalah ringkas saja tapi amat padu dan mendalam. Kata Bang Eid, Dunia ini tak ada sempadan, maka mengembaralah selagi ada matahari dan bulan. Hebat dan mendalam dan penoh bermakna dalam kata2 ini sebenarnya. Buat raida2 baru, yang minat dan cenderong ke arah dunia turing, teroskan impian Lu Orang tuh. Usia muda jangan disia-siakan. Dunia hari ini dan hari semalam selalu saja kita baca dan tengok anak2 muda tewas dijalanraya sebab merempit dan sebab dadah. Dua benda ni yang paling kanser dalam dunia anak muda. Paling malang adalah mati didalam dua lobang tersebot. Bayangkan umor baru belasan ataupon tak sampai 30 tahon, tapi matinya diatas jalanraya sebab merempit, matinya di lorong2 atau dirumah kosong akibat dadah. Menyedehkan! Kepada yang dah terjebak, jika Lu Orang terbaca cerita nih, kamon brader.. Lu Orang buleh ubah. Ubahlah daripada merempit yang sia sia kepada menjelajah dunia dengan jentera Lu Orang tuh. Diusia muda nih lah nak cipta sejarah untok dibaca oleh generasi akan datang Nohhh!

Buat Bang Eid, Majalah Kapcai mendoakan agar selalu sehat dan teros Rock N Ride sampai bila bila selagi ada nyawa dikandong badan. Terima Kaseh sebab menunjokkan, menceritakan, mengongsikan serta mengajarkan kepada kami teknik2, cara2 dan tips2 ketika melakukan long distance ride. Untok pengetahuan semua, pada salah satu event Pattaya Bike Week, kalau tak silap tahon 2013 dimana tapak event dibuat di satu tempat luas dan lapang bernama Silverlake, Bang Eid telah bikin gila dengan Ride solo ke event tu secara konsep Juboq Besi/Iron Butt. Dia ride skooter SYM VTS200 bermula dari Jitra Kedah, sampai tapak event lepak sat dan beli T Shirt event selai, pastu start Skooter tu dan pulas throttle balek Malaysia! Semuanya dilakukan dalam masa kurang 40 jam untok jarak 2400KM pergi dan balek. Inilah antara kelebehan Sang Otai Juboq Besi bernama Eid Sidek!

Bang Eid boleh dikontek ditalian : 019 448 8686

Boleh throwback baca kisah penoh Turing solo Bang Eid dengan Demak DTM 150 tahon 2012 dulu kat blogspot dia nih : http://adventuretouringmalaysia.blogspot.com

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

CAMK: KELAB MOTOR ANTIK KULIM