in

DUA SAHABAT SEKAMPONG MENJELAJAH BUMI THAILAND !

Impian Zaman Kanak2 Kini Menjadi Nyata !

“Satu masa nanti, taim kita besar, kito gi jelajah siam naik moto nak?”.
” Kalau demo ada niat gitu, kawe beres jahhhh…”. Mungkin gini la kot perbualan dua orang budak di satu tempat, di sebuah negeri bernama Kelantan suatu masa nan silam. Dan pada tahon 2022 ini, impian kedua dua sahabat tersebot telah menjadi nyata dengan kejayaan menjelajah Thailand selama 11 hari Oyeahhh! Ayoh kita ikoti serba sikit cerita ringkas Raida bernama Dea dan sahabatnya Azlan, yang mengRide jentera Kapcai Yamaha Ysuku dan Yamaha 135LC untok perjalanan penoh epik.

“Alhamdulillah… impian kami dari waktu kanak2 dahulu untok mengembara dengan motosikal ke Thailand akhirnya tercapai. Berbekalkan basic pengetahuan yg tidak banyak tentang Thailand, alhamdulillah dipermudahkan jua segalanya. Yang penting doa,usaha & tawakkal, inshaAllah doa orang yg bermusafir Allah makbulkan. Aminnnn…”, ujar Raida Dea selaku tukang cerita.

Dengan menunggang sebijik LC135 (V3) dan sebijik Ysuku (V1) yang berenjin stendet sesuci embon pagi di hening syawal, perjalanan mereka berdua bermula di Kota Bharu Kelantan, dan memasoki negara Thailand melalui Rantau Panjang/Sungai Golok. Cuaca jugak agak membantu melancarkan perjalanan, majoritinya cerah, cuma ada jugak lah dua tiga tempat yang hujan sepanjang jalan, antaranya masa dalam perjalanan dari Krabi ke Phuket dan dari Mae Hong Song-Mae Sot-Tak. Haaaa.. perjalanan yang ni memang basah tembakau habeh lah Nohhh!

Bagi jentera stendet (dan sebaik-baiknya bawaklah motor stendet Nohhh!), kelajuan yang terbaik dan rilek adalah antara 80-90kmj aja. Ini lah kelajuan mereka masa mengembara. Kalau masok area Haiwey, barulah tekan sikit sampai 100kmj. Itupon bukanlah selalu.

Ditanya apakah persediaan sebelom pi mengembara, Dea kata perkara utama sekali adalah menentukan route/laluan yang terbaik untok bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Selain tu setiap route pulak akan dicari siap2 tempat untok solat/masjid, kedai makan muslim dan yang penting laluan tersebot selamat lah. Semua route telah digugel oleh sahabat dia yaitu Azlan And The Gugel Route.

Masa ride long distance gini, memang terdetik jugak dihati, mana la tau kot tetiba motor problem masa dalam perjalanan kan. Tapi shukor Alhamdulillah, kedua buah jentera mereka amat menjaga tuannya heh! Cukop Mileage 2300KM, dorang cuma tukar minyak hitam dan kasi tegang rantai aja. Alhamdulillah cemerlang!

Sepanjang perjalanan 11 hari tuh, Dea paling teruja ketika berada di kawasan rel keretapi Maeklong, Bangkok. Kali ni Dea betol2 tengok train lalu depan mata dia haha! Menurot Dea lagi, Ride di Siam nih agak syok sebab jalannya yang cantik dan luros (kecuali area MHS lah, situ kona aja Nohhh!). Paling syok sebab ada papan signboard dia setiap wilayah. Senang nak ambik gambar kenang-kenangan Nohhh!

Memandangkan ini adalah pengalaman pertama mereka berdua mengembara ke Thailand, sudah tentulah ada banyak rintangan untok sampai dari satu destinasi ke satu destinasi. Antara yang menjadi ingatan adalah bilamana melalui rodblok polis Thailand. Ada satu masa tu, Polis mintak nak tenguk lesen memandu antarabangsa la pulokkk! Nasib baiklah depa berdua dah buat persediaan rapi sebelom pi kesana. Dorang dah buat lesen antarabangsa kat JPJ dah sebelom pi mengembara oyeahhh! Hmmm… Bab ni agak bagos jugak untok kita jadikan sebagai rujokan bersama. Ada baiknya jugak kalau kita pi bikin lesen Antarabangsa kat JPJ sebelom pi kembara ke siam. Lesen tu tak mahal sangat rasanya, tak sampai RM200 kalau tak silap. Kalau tak silap lah…

Okay, itu lah serba sikit cerita kembara dua sahabat nih, dan katanya mereka berdua akan repeat lagi lepas nih oyeahhh! Semoga teros Rock N Ride Nohhh!

Dibawah nih adalah ringkasan, perbelanjaan dan route yang depa gunakan sepanjang 11 hari kembara penoh bersejarah itu Oyeahhh!

* Inilah sedikit bingkisan yang ingin kami kongsikan kpd sahabat2. Syukur juga bajet sepanjang ride tak sampai RM 1500 (Boleh scroll detail dibawah). Ok kita mulakan dengan lafaz Bismillah…

ON TARGET‼
BANGKOK
GOLDEN TRIANGLE
MAE HONG SONG

Hari Pertama (Khamis 1/9/22)
-Masuk Thai pada lewat ptg khamis dari Kota Bharu ke Saiburi📍 (154km)
Hari Ke 2 (Jumaat 2/9/22)
-Dari Saiburi – Phattalung- Trang – Krabi📍 (451km)
Hari Ke 3 (Sabtu 3/9/22)
-Dari Krabi – Phuket – Chumphon📍(552km)
Hari Ke 4 (Ahad 4/9/22)
-Dari Chumphon – Prachuap – HuaHin – Samut Songkram – BANGKOK📍(494km)
Hari Ke 5 (Isnin 5/9/22)
-Dari Bangkok – Uthai Thani – Tak📍(472km)
Hari ke 6 (Selasa 6/9/22)
-Dari Tak – Lampang – Chiang Khong ThaiLaos Border – GOLDEN TRIANGLE📍(521km)
Hari Ke 7 (Rabu 7/9/22)
-Dari Golden Triangle – Mae Sai – Pai📍(376km)
Hari Ke 8 (Khamis 8/9/22)
-Dari Pai – MAE HONG SON – Mae Sariang – Khaledi – Mae Sot – Tak📍(554km)
Hari Ke 9 (Jumaat 9/9/22)
-Dari Tak – Suphan Buri – Ratchaburi – Hua Hin📍(586km)
Hari Ke 10 (Sabtu 10/9/22)
-Dari Hua Hin – Prachuap – Surat Thani – Hatyai📍(744km)
Hari Ke 11 (Ahad 11/9/22)
-Dari Hatyai – Pattani – Sg Kolok – Kota Bharu📍(305km)

•TOTAL PERJALANAN : 5209KM
TUKAR DUIT MALAY KE THAI
RM2057 = 16000BAHT
•KOS 10 MALAM DI HOTEL – 2376BAHT
•KOS MAKAN & MINUM – 2994BAHT
•KOS MINYAK – 3145BAHT(Pakai 95 & 91)
•KOS SIMCARD THAI AIS & DTAC – 450BAHT
•OLE OLE – 1375BAHT
TOTAL = 10340BAHT
P/s : Semua kos ni melibatkan saya seorang (Dea-Tukang Cerita).

Tanda ‘📍’ adalah tempat bermalam.

#DuoRideKeThailand
#AlhamdulillahDiberikanKelancaran
#11HariBermusafirDiBumiGajahPutih

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

REVIEW RINGKAS AVETA SVR180. INI BARANG MERECHIKKK!

CHANA CLASSIC VOL.2 : Resing,Kemping,Meeting,Shopping!