in

DUA JENTERA TERBARU DARI SYM DI ZAMAN NEW NORMAL: MAXSYM 500TL & SYM VF3i 185 LE ABS !

  • SYM VF3i 185 LE adalah Kapcai pertama di Malaysia menggunakan sistem brek ABS!

 

Dalam keadaan negara maseh lagi berperang dengan Covid19, jenama SYM juga turot ‘berperang’ dalam industri permotoran negara. Maka lahirlah dua model terbaru dari SYM yaitu MAXSYM 500TL (Super Scooter) dan SYM VF3i 185 LE ABS.

 

MaxSym 500TL (Twin Line) adalah garapan baru bahkan menjadi satu dambaan buat para penggemar Skooter. Ini adalah model Skoot yang baru dilancarkan tahon lepas (2019) di Milan Motorshow, Itali. Bayangkan dihari pertama pelancaran di Milan haritu, Skoot MAXSYM 500TL ni telah mendapat booking 5 ribu unit dari penggemar Skoot seluroh dunia! Sebelom Gua lupa, Skoot ni pakai drive chain okay! Dengan kapasiti enjin yang tinggi, boleh dijangkakan bahawa Skoot ini bakal menjadi SuperSkooterBike paling laku keras di Malaysia. Dengan harganya RM 35,888.00, dilengkapi spesifikasi Bangsawan Kayangan Tujoh, kami dari Majalah Kapcai sendiri menjadi teruja leleh tengok Skoot ni Nohhh! Jentera Skoot ni adalah CKD (pemasangan lokal), dan akan mula masok kedai sekitar awal bulan Julai 2020 nih.

  • MaxSym 500TL : Tempat dudok macam sofa Nohhh!

 

SYM VF3i 185 LE pulak adalah sebuah model Kapcai yang paling tinggi kapasiti (CC) di Malaysia, kini datang lagi dengan beberapa penambahan yang lebeh padu, antaranya sistem brek ABS (Anti locking Brake System – menjadikannya Kapcai pertama di Malaysia yang pakai sistem ABS ), penaiktarafan bahagian dalaman enjin (lebeh kuasa). Jika VF3i 185 V1 dan V2 RPM nya hanya sekitar 9800rpm, VF3i 185 LE ni telah dinaikkan hingga 10,000rpm! Nak laju tara mana lagi kot?

SYM VF3i 185 LE ni adalah Limited Edition, hanya 5 ribu unit sahaja yang akan dijual. Akan dijual dengan harga RM 9,338.00 (Tak masok insuran dan rodtek). Fuhhh! Kalau dibandingkan dengan beberapa penambahan pada jentera LE nih dengan harga yang ditawarkan tuh, memang amat berbaloi dan diluar jangkaan lah. Sebab apa? Okay, dulu sekitar 2018 masa SYM VF3i 185 ABS dilancarkan di Eropah, harganya memang tinggi. Biasalah, specs Bangsawan kan. Tapi, bila jentera ni masok aja kesini, dan dijual dengan harga tak sampai RM 10K, ini amatlah mengejotkan Nohhh! Kalau dah kejut tuh, silalah pi beli oiii! Untok pengetahuan Lu Orang semua, SYM VF3i LE ABS ni sudah mula masok kedai hari ni okay!

Nota Tambahan : Pelancaran Motorsikal SYM harini ( 19 Mei 2020 ) adalah pelancaran motorsikal pertama di Malaysia yang dilakukan melalui kaedah online/live streaming, menggunakan platform Zoom.com

  • Untok penerbitan awal ini, kami sajikan gambar2 low res dulu. Gambar2 hi res akan menyusol lepas ni Nohhh!

 

 

 

 

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

TIM MOTOR GUNA NAMA BAND METAL SEBAB APA?

SKATE SKOOT MINI BIKE DARI PANTAI SEPAT KUANTAN!