in

Distinguished Gentleman’s Ride(DGR) 2022 Kuala Lumpur

Kuala Lumpur sekali lagi telah mengambil bahagian dan menjadi antara bandaraya yang terlibat dalam penganjuran acara Permotoran dan Amal “Distinguished Gentleman’s Ride” yang di adakan pada setiap tahun. Acara ride Amal dengan setiap penunggang mengenakan pakaian klasik dan moden (fesyen cowo ganteng) terbesar di dunia ini bermula dari Lalaport Bukit Bintang dan berakhir di The Gasket Alley Petaling Jaya pada hari Ahad, 22 Mei 2022.

Distinguished Gentleman’s Ride adalah acara ride tahunan berkumpulan untuk mempromosikan penjagaan kesihatan kaum lelaki di seluruh Dunia. Untuk tahun ini, penganjur DGR mensasarkan untuk mengumpul kutipan sebanyak $6 juta USD bagi tujuan meningkatkan kesedaran dan juga untuk penyelidikan kanser prostat dan kesihatan mental lelaki.

Selain daripada bertujuan mengumpul dana untuk kempen kesihatan dan penyelidikan kanser prostat lelaki, acara tahunan DGR juga dapat mengumpul dan menyatukan peminat motorsikal klasik dan moden secara besar besaran di bawah satu bumbung setahun sekali.

Pada acara DGR tahun ini, dianggarkan lebih 500 pemilik motorsikal moden, klasik atau Retro dari seluruh Negara telah menyertai perhimpunan kali ini yang mewakili dari pelbagai jenama motorsikal seperti Harley Davidson, Royal Enfield, Triumph, BSA, BMW, Honda, Kawasaki, Suzuki dan juga skuter seperti Vespa, Piaggio, Lambretta dan lain-lain. Di sepanjang perjalanan peserta konvoi DGR telah mendapat kerjasama dan bantuan daripada PDRM untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan peserta konvoi.

*The Distinguished Gentleman’s Ride” ialah acara berkumpulan motosikal seluruh dunia bagi tujuan mengumpul dana dan kesedaran untuk penyelidikan kanser prostat dan program kesihatan mental lelaki bagi pihak Yayasan Movember. Acara ini mula di asaskan di Sydney, Australia pada 2012 oleh Mark Hawwa dan terbuka kepada motosikal klasik, moden klasik dan yang seangkatan dengannya seperti Cafe Racer, scrambler dan Retro juga dialu alukan.

Setiap peserta DGR juga disarankan untuk menggayakan pakaian yang beraneka feshen sesuai dengan sifat kejantanan mereka Oyeahhh!

Kata orang tua2, sebagai menghindari penyakit kanker prostat, antaranya adalah dengan berdehem ketika lepas kencing. Time menghabeskan titisan2 terakhir tuh, berdehemlah pat lima kali. Nanti akan terkeluarlah sisa2 titisan sikit demi sikit hinggalah habes semuanya. Ini tak, lepas pancot aja, tak nyempat2-nyempat basoh Awang tuh (yang tak basoh pon ramai keh keh), teros parking dalam boxer dan teros gerak. Itu yang meleleh tak abeh tuh heh!
Ini salah satu ikhtiar aja Nohhh!

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

APRILIA DATANG LAGI DENGAN DUA MODEL SENMPERRR !

HAQIEM STOPA BAKAL MENJADI IKON PERPADUAN BELIA!