in

Club Antique Motor Kulim Menjelajah Ke Pantai Timur : Terengganu

Pada 15hb November 2019 sehingga 17hb Nov 2019, sebanyak 5 buah motosikal kapcai C70 yang terdiri dari ahli Club Antique Motor Kulim telah menjelajah ke sebuah negeri dipantai timur iaitu Terengganu.

Dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu, CAMK telah disambut dengan penuh ukhuwwah oleh presiden kelab –kelab seperti Honda C70 GBO Baling Crew iaitu saudara Shah Affandi, Divisyen C70 Deluxe Kelantan saudara Shah Danish, Kelab Honda Klasik KT saudara Syafiq Suresh dan Malaysia All Riders MAR’S saudara Saifulnizan.

Konvoi ini telah menyatukan penunggang motor kapcai C70 dari 3 buah negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Jarak perjalanan 848km pergi balik telah meninggalkan banyak pahit manis bersama mengharungi hujan panas disepanjang perjalanan tersebut.

Ketika berada di Kuala Trengganu, kami dibawa mengelilingi bandar Kuala Terengganu oleh saudara Syafiq Suresh Presiden Kelab Honda Klasik KT dan juga ahli2 kelab yang lain.

Konvoi ini berjaya direalisasikan dengan idea dari pengerusi Club Antique Motor Kulim iaitu En Abdul Razak Bin Buhari dan ahli ahli lain.

Untuk mengikuti kisah dan aktiviti selanjutnya pembaca boleh melayari di Facebook kelab iaitu : Club Antique Motor Kulim.

Rock N Ride Teros Nohhh!

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Norton Motorcycles: Syarikat China Sudah Beli Hak Untok Platform Enjin 961

HONDA GBO KAMEN RAIDA APIH