CFMoto Malaysia buat julung kalinya telah menganjurkan himpunan khas untuk pemilik-pemilik motorsikal CFMoto seluruh Malaysia disebuah Hotel di Teluk Senangin, Segari Perak. Himpunan pertama kali ini dihadiri oleh hampir seratus buah motorsikal CFMoto dari pelbagai model daripada seluruh Semenanjung Malaysia. Seorang peserta dari Sarawak turut menyertai himpunan kali ini dengan menunggang motorsikal CFMOTO MT650.
Buat masa ini terdapat lima model CFMOTO yang telah berada dipasaran Malaysia, iaitu CFMOTO GT650, CFMOTO MT650, CFMOTO SR250, CFMOTO NK400 dan CFMOTO NK250. Satu lagi model dijangka akan dipasarkan tidak lama lagi oleh CFMOTO Malaysia iaitu CFMOTO MT750.
Pelbagai acara menarik telah disediakan oleh jawatankuasa penganjur Hari Keluarga CFMoto kali ini. Antara acara yang telah diatur ialah perlawanan bola tampar pantai, pertandingan tendangan penalti dan jualan Amal jaket sumbangan dari CFMoto.
Selain dari acara yang berbentuk sukan dan Amal, penganjur turut menyelitkan mesyuarat penubuhan jawatan kuasa penaja “Pertubuhan Pemilik CFMoto Malaysia”. Dalam mesyuarat penaja ini 7 orang AJK termasuk seorang Presiden Kelab iaitu Shakh Muhammad Zamri @ Mohd Zamri B. Shakh Abdullah telah dipilih melalui undian untuk menguruskan pendaftaran kelab ini secara rasmi dengan ROS.
Dalam ucapan sulungnya Shakh Mohd Zamri telah menyatakan keazamannya untuk menjadikan kelab CFMoto ini menjadi sebuah kelab permotoran yang berjaya dan dikenali dikalangan peminat permotoran Negara disamping mahu mengikis stigma dikalangan masyarakat yang sering menganggap jenama motorsikal dari negara China sebagai “SAMPAH”, Beli satu dapat percuma satu, Ride dari kedai motor kompom tak sampai rumah, Spare Parts payah dapat dan bermacam lagi lah pandangan juling terhadap jentera buatan China. Yang syok tu, orang yang kuat kutok tu, dia sendiri pakai Henpon jenama Oppo keh keh!
Terdapat 5 region yang aktif dan sering menganjurkan aktiviti permotoran dikalangan Comuniti CFMoto ketika ini. Kelima lima Region tersebut ialah Cf Centra, Cff Selatan, Cf Pata Timur, Cf Utara, dan Cf Seladang Utara. Menurut Shakh, jumlah ahli yang sudah mendaftar setakat ini ialah seramai 360 orang.
Sebelum pehimpunan berakhir dan bersurai, satu sesi beramah mesra antara pemilik CFMoto dan penguruan atasan CFMoto turut diadakan untuk mengeratkan silaturrahim antara pemilik CFMoto dan Pengurusan CFMoto. Dalam sesi ini, penganjur memberi ruang dan peluang kepada pemilik CFMoto untuk berkenalan dan bersoal jawab dengan pengurusan atasan CFMoto yang berpusat di Pulau Pinang.
Dalam sesi soal jawab ini, pemilik dapat meluahkan permasalahan dan memberi cadangan untuk penambahbaikkan kepada pehak pengurusan secara “face to face”.Antara usul yang dikemukakan oleh pemilik CFMoto ialah beri peningkatan kepada kualiti motorsikal, layanan selepas jualan yang lebih baik, penambahan pusat service diseluruh Negara, pusat service dibuka pada hari sabtu untuk memudahkan pengguna CFMoto dan berharap agar CFMoto mampu bersaing setanding dengan jenama lain yang sudah lama bertapak dalam industri permotoran Negara. Rata rata pemilik CFMoto merasa gembira dan berpuas hati dengan layanan dan jawapan yang diberikan oleh wakil dari CFMoto iaitu Mr.Ang (Manager – Teknikal) dan Mr.Alan
(Manager – Pemasaran).
Kemeriahan majlis Himpunan Pemilik Pemilik CFMoto Malaysia yang pertama hari ini dapat dilihat dari suasana yang meriah dan gembira yang terpancar disetiap wajah para peserta semasa setiap majlis diadakan. Pengalaman menunggang CFMoto dan berkumpul bersama rakan rakan permotoran pasti akan menjadi kenangan terindah bagi setiap peserta yang hadir di CFMOTO FAMILIA RIDE TELUK SENANGIN hari itu.
#CFMotoMalaysia
Teks dan Gambar : Asri Mohd Asri.
Comments
Loading…