in

BOKS TERBARU GIVI : ATLAS B33NM dan ATLAS B45NM

Teros Advencher Turing Bersama Boks Givi!

Pengeluar aksesori motosikal terkemuka di dunia, GIVI hari ini telah melancarkan koleksi boks simpanan terbaru “The ATLAS” (B33NM ATLAS MONOLOCK TOP CASE & B45NM ATLAS MONOLOCK TOP CASE). Pelancaran secara digital itu telah berlangsung di semua rangkaian platform sosial media GIVI Malaysia, bersama syarikat GIVI luar negara iaitu GIVI Vietnam dan GIVI Indonesia.

Pada 7 Disember 2021 yang lalu, Majlis Tontonan Media “The ATLAS” telah diadakan bersama wakil-wakil media tempatan dan social influencer yang bertempat di Dear Dino Villa, Cameron Highlands, Pahang. Konvoi bermotosikal ke Cameron Highlands bersama para media juga telah dianjurkan dan pelepasan konvoi tersebut telah diadakan di kilang GIVI Asia, Bukit Beruntung. Turut serta dalam program konvoi motosikal tersebut adalah Pengarah Operasi Luar Negara GIVI Groups, Encik Joseph A. Perucca dan Pengurus Pemasaran GIVI Asia Sdn Bhd, Encik Samir Sharman. Tahniah buat Mr Perucca dan Bro Sam Sharman. Inilah contoh terbaik dari VIP untok sesebuah kampeni aksesori motorsikal. Selain menjadi orang2 penting didalam sharikat, mereka jugak adalah bikers, dan secara langsong mereka akan memahami keperluan sebagai seorang bikers, maka produk yang dikeluarkan sememangnya adalah apa yang sangat2 diingini oleh semua bikers yang lain. Respek!

Sebagai tanda penghargaan dan sokongan para media serta social influencer terhadap GIVI, pada hari konvoi tersebot, kesemua motosikal mereka telah dilengkapi dengan boks simpanan terbaru tersebut iaitu B45NM ATLAS MONOLOCK TOP CASE. Secara ekslusifnya, GIVI tampil memperkenalkan rangkaian terbaru “THE ATLAS” iaitu B33NM ATLAS MONOLOCK TOP CASE & B45NM ATLAS MONOLOCK TOP CASE yang telah direka khas buat para peminat boks simpanan GIVI yang sentiasa ternanti-nantikan reka bentuk- reka bentuk masa kini. Aspek keselamatan merupakan tunjang utama GIVI dalam menghasilkan setiap produk keluaran yang berkualiti tinggi. Oleh itu, sama juga dengan ATLAS, ianya direka tanpa mengetepikan sebarang elemen keselamatan. Menerajui inovasi dan teknologi masa kini, boks ini telah dipatenkan dengan sistem Monolock, dimana GIVI menawarkan kemudahan kepenggunaan, penglihatan tertinggi (keselamatan), kebolehpercayaan dan ketahanan produk ketika anda menunggang motosikal tanpa anda perlu risau barang anda ditinggalkan di rumah.

Direka dengan kemasan yang cukup sempurna, ditambah pula dengan corak bahagian atas yang terbaharu, B33NM MONOLOCK TOPCASE ini menawarkan sistem storan yang bergaya namun berfungsi dan boleh dipercayai buat penunggang motosikal. Sesuai untuk kegunaan praktikal seperti perjalanan harian, boks simpanan ini berkapasiti 33 liter dan boleh memuatkan sebuah topi keledar Modular. Sentiasa mengutamakan kualiti dan keselamatan, GIVI juga telah menghasilkan elemen prismatik reflektif di bahagian hadapan boks tersebut yang berfungsi untuk meningkatkan tahap penglihatan penunggang terhadap orang lain ketika berada di atas jalan raya. Selain itu, ianya juga menampilkan sistem penguncian generasi masa kini, iaitu MICRO 3 LOCKING. Sistem ini memudahkan penunggang untuk mengunci boks simpanan tersebut dengan mudah dan selamat. Ianya juga merupakan mekanisme yang sama dengan B32N BOLD MONOLOCK TOP CASE. Untuk tahap keselesaan yang maksimum, tempat penyandar belakang (khusus) dan pelapik dalam tersedia untuk ditambah.

GIVI turut memperkenalkan rangkaian lain dalam ‘The ATLAS Chapters’ iaitu B45NM ATLAS MONOLOCK TOPCASE. Diperbuat daripada Polipropilena (PP) kelas tertinggi, ianya telah terbukti dan telah digunakan bertahun lamanya. Menawarkan storan berkapasiti 45 liter yang luas, boks simpanan ini cukup untuk memuatkan dua topi keledar Full-Face dan ia sesuai secara praktikal untuk perjalanan dan pengembaraan. Menerapkan elemen keanggunan dan eksklusif dalam
reka bentuknya, boks simpanan ini dilengkapi dengan rekaan cangkerang bawah yang baharu dan kemasan corak sisi deko plat di bahagian atas penutup boks simpanan tersebut. Elemen reflektif prismatik berintensiti tinggi di hadapan boks simpanan turut ditambah bagi tahap penglihatan yang tinggi di jalan raya. Sama seperti sistem penguncian B33NM ATLAS MONOLOCK TOP CASE, boks simpanan ini juga dilengkapi dengan sistem penguncian Mikro 3.

Boks ATLAS  B33NM & B45NM Monolock Top Case akan berada di pasaran mulai Februari 2022 di GIVI Point serta pengedar-pengedar sah GIVI di seluruh dunia.

Harganya pulak macamana? Okay nih adalah harganya :

B33NM ATLAS MONOLOCK TOP CASE (B33NM) – RM283.00
B45NM ATLAS MONOLOCK TOPCASE (B45NM) – RM445.00

Teroskan Rock N Ride Bersama GIVI !

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

CFMOTO FAMILIA RIDE 2021

TERKINI: BENELLI VZ125i EDISI KHAS (N1) DENGAN HARGA RM5838.00