in

AVETA VTM250 KINI MENGGONCANG PERSADA SKREMBLER MALAYSIA! HARGA BERMULA DARI RM12,988 JOYYEAHHH!

Jentera ‘Skremblerisme’ VTM ini telah dipamerkan pada satu acara Motorshow di KL awal tahon 2024 nan silam, dan kini ianya dilancarkan secara rasmi untok pasaran Malaysia.

Agak lama dunia motorsikal Malaysia sepi dengan jentera berkiblatkan Motard/Motokross nih. Kalau Lu Orang dah ‘celik mata’ tahon 2006 hingga 2008 dulu2, kompom tau lah fenomena skrembler masa tuh. Masa tu Demak DTM 150 agak femes, banyak kelab2 Super Motard dan Motokross ditubohkan masa tu, dan event2 autoshow kebanyakkannya dibanjiri dengan geng skrembler lah. Ada jugak dua tiga kampeni kecil kecilan yang coba2 bawak masok jentera Super Motard berkapasiti 250cc masa tu. Salah satu yang Gua ingat adalah Mr Leong yang dah bawak masok 4-5 buah jentera Super Motard jenama Orion 250cc. Tapi ianya tidak mencapai cita2 dan impian. Akhirnya jentera tersebot hanya tinggal nama sahaja sebagai salah satu sejarah dunia motorsikal negara Joyyeahhhh!

Tapi bila masok aja tahon 2010 dan keatas, fenomena skrembler jadi agak slow, dipintas oleh beberapa trend lain antaranya Cafe Racer, Supermoped, dan bila masok aja tahon 2015, trend kat Malaysia dah mula diserang dengan demam Y Suku, dan ianya teros menjadi virus yang sukar dibanteras walau dicucok dengan seribu vaksin sekalipon joyyeahhh! Cuma beberapa tahon lepas, Skoot Maxi dan diikoti ‘Edvencher’ macam jadi fenomena jugak, dan trend tu macam maseh hot jugak la sekarang ni pon heh. Manakala Skrembler punya trend teros senyap sunyi, yang maseh konsisten pakai Skrembler Demak adalah salah sorang krew Majalah GG Raider yaitu tak lain tak bukan Mr Dirrr aka Kadiaq. Diaq tetap setia dengan Demak DTM dia sampai harini. Respek!

Hari ini ditahon 2024, Aveta VTM 250 dengan dua varian, Aveta VTM 250M (Super Motard Style) dan Aveta VTM 250LX (Off Road Style) dilancarkan. Apakah trend tahon 2006 dahulu bakal menjelma kembali? Itu persoalan yang sukar dijawab, tetapi bagi pihak Aveta Motor Malaysia, mereka mempunyai keyakinan tinggi bahawa jentera berkonsepkan Skrembler ini bakal menarek hati penggemar2 sukan motorkross untok memilekinya.

Bagi varian Aveta VTM 250LX (Legal Cross), ianya didatangkan dengan tayar jagong depan bersaiz 21 dan belakang bersaiz 18. Ianya tiada sistem ABS, dan berat keselurohan bodi adalah 125KG sahaja, dengan kapasiti tangki minyak petrol 8 Liter.

Manakala VTM 250M pulak semestinya menggunakan enjin yang sama, cuma ianya dipasang ABS (tapi ABS ni buleh On dan Off mengikot kesesuaian penunggangan seseorang raida itu lah Nohhh). Selain itu, ianya datang dengan tayar Motard bersaiz 17 inci depan dan belakang Nohhh!

Kedua-dua jentera ini menggunakan sistem bekalan api EFI, so buleh naik Dyno setting ikot kesesuaian hati heh! Kuasa maksimal adalah 14kW / 85000 rpm, dan dia punya tork maksimal adalah 18Nm / 65000 rpm. Gua sempat test ride jentera VTM 250M pada hari pelancaran, dan secara peribadi ianya amat diluar jangkaan Nohhh! Gear 1-3 memang pikap tak terkawal punya lah kalau dok buat main2 pegang handle bar. Pikap kuat na aram gohhhh!

Gabit Saleh selaku raida Pro Supermotard dan jugak MX serta Endurance dalam menjawab beberapa soalan daripada MC dihari pelancaran jentera ini menyebotkan bahawa, jentera VTM 250cc ini sangat membuatkan dia teruja. Dia tidak mahu membandingkan jentera ini dengan jenama2 MX yang lain, tetapi baginya VTM 250cc ini sudah cukop untok digunakan sebagai jentera untoknya buat latihan. Dari sini dapat kita simpolkan bahawa jentera ini memang padu sebab ia layak digunakan oleh Raida Pro sebagai jentera latihan di trek2 motokross. Tambah Gabit Saleh lagi, jentera VTM 250LX yang baru dilancarkan itu akan dia gunakan dalam perlumbaan kategori Endurance di Trek Monica Bay Kemaman minggu depan. Bayangkan Raida Pro macam Gabit Saleh pon konfiden dengan jentera nih, maka Lu Orang yang mungkin ragu2 tu buleh la buang jauh2 perasaan negatif itu Nohhh!

Varian VTM 250LX boleh didapati di kedai2 motor bermula pada hujong Oktober atau pertengahan November 2024, manakala varian VTM 250M pulak akan masok kedai pada penghujong Disember 2024 ini.

Harga bagi VTM 250LX (Enduro) adalah RM 12,988, manakala VTM 250M (Motard) adalah RM 13,388. Kepada penganut aliran Super Motard dan Motokross, ini adalah jentera yang wajar Lu Orang pertimbangkan mulai hari ini Nohhh!
Rock N Ride Nohhh!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

FESTIVAL Y15 Y16 & 135LC 5.0 GAGAL TARIK PENGUNJONG? 60 RIBU LEBEH AJERRR YANG HADIR NOHHH!

TANJONG KARANG MOTORIA- PEMANAS ENJIN SEBELOM RAYA RETROMANIA 2024 NOHHH!