Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. (Aveta), hari ini melancarkan model terbaharu iaitu Aveta Ranger 110 di pasaran tempatan.
Model ketiga dari Aveta Global Marketing ini dijual pada harga RM3,546.10 atas jalan termasuk insurans ini telah pun mula diedarkan kira-kira 70 wakil jualan di seluruh negara.
Aveta Ranger 110 dipasang sepenuhnya secara pemasangan terurai atau CKD di kilangnya di Setia Alam Selangor selain dua model lain iaitu DY90 dan RX110 juga turut dipasang di kilang sama.
Aveta Ranger 110 menggunakan spesifikasi enjin empat lejang satu silinder yang bersesaran 110cc, dengan sistem sejukan udara dan transmisi empat kelajuan berputar (rotation Gear).
Kuasa yang dihasilkan adalah sebanyak 7.8hp (6.5kW) @ 7,500rpm dengan tork maksimum 9 Nm @5,500rpm. Jentera ini menggunakan pemacuan rantai dengan empat kelajuan di samping kapasiti tangki 3.5 liter.
Menggunakan sistem penghidup elektrik dan enjutan dengan sistem pencucuh CDI, manakala dimensi Aveta Ranger 110 ialah 1850 mm x 660 mm x 1070 mm.
Aveta Ranger 110 menggunakan saiz tayar 2.25/17 (depan) dan 2.50/17 (belakang) dengan menggunakan sistem brek drum depan dan belakang.
Ujian tunggangan telah dilakukan terhadap Aveta Ranger 110 dan ianya ternyata memenuhi spesifikasi kenderaan cekap tenaga.
Selain dari model Aveta Ranger 110, Aveta Global Marketing kini sedang menguji beberapa model baharu lagi untuk diperkenalkan ke pasaran tempatan yang dijangka diperkenalkan tahun 2021.
Ketika ini masih belum dapat dipastikan model dan sesaran motosikal yang akan diperkenalkan kerana ia masih diperingkat akhir bagi pengkelasan. Nantikan kemunculan jentera terbaru dari Aveta Oyeahhh!
Comments
Loading…