GIVI BOX ANTARTICA B42N KINI DILANCARKAN!
Perlancaran Boks terbaru dari GIVI ini telah dilakukan pada 15 Julai 2020 dengan cara Online/Atas Talian. Maklomlah sajalah, PKPP maseh lagi berjalan ketika ini. Dan pada 16 Julai 2020, GIVI telah meng’invite’ pehak media serta Influencer Media Sosial untok berkunjong ke kilangnya di Bukit Beruntong Selangor. GIVI telah berbesar hati ‘menghadiahkan’ Boks Antartica tersebot kepada pehak media sebagai penghargaan diatas kerjasama yang baik selama ini. Terima Kaseh GIVI!
Secara ringkas mengenai Box Antartica ini, ianya bersaiz 42 liter, dan didatangkan dengan ciri2 keselamatan serta rekabentok yang paling baru. Rekabentok untok Antartica ini telah diilhamkan oleh Juru Reka muda di GIVI bernama Muhammad Ilhamy Bin Abdul Latif bersama Jurureka2 dari Itali. Makna kata, design Boks terbaru ini telah mendapat sentohan dari anak Malaysia. Tahniah dan Shabas Nohhh! Harap2 akan ada lagi design2 best dari brader Ilhamy kita ni.
Boks Antartica B42N Monolock Top case ini akan masok ke pasaran pada Ogos 2020. Ianya akan dijual pada harga RM420.00 (Box saja, racking lain harga ok).
Tahniah dan teros Saksess buat GIVI!
Comments
Loading…