Tahniah Suzuki Malaysia Sdn Bhd di atas kejayaan menganjurkan AMI-SUZUKI Monsoon Getaway 2.0, buat kali kedua di Padang Pejabat Daerah & Tanah, Port Dickson Negeri Sembilan pada 19 Oktober 2024.
Penganjuran kali kedua AMI-SUZUKI Monsoon Getaway bertujuan untuk mengumpul pemilik dan peminat motosikal Suzuki dari seluruh Malaysia. Kehadiran dan sambutan sangat memberansangkan dari pemilik jentera-jentera model lama dan model baharu Suzuki seperti Hayabusa, V-Strom(termasuk V-Strom 250 baharu), Raider, GSX-R150, GSX-S150, TXR, RG Sport, RGV, , GSX-S750, Skuter V100 dan VS 125, skuter baharu (Avenis & Burgman Street EX 125), Suzuki GP100, Suzuki Trs118 dan lain-lain model yang datang dari seluruh negara untuk memeriahkan event Suzuki Monsoon Getaway 2024.
Antara acara yang diadakan pada hari kejadian ialah tunggang uji V-Strom 250, pameran motor show, gerai menjual pakaian permotoran, minyak pelincir, tayar, aksesori motosikal, alat ganti motosikal, perkhidmatan insurans, gerai makanan dan minuman dan lain lain. Event Suzuki Monsoon Getaway 2.0 turut menyediakan ruang pameran motorsikal Suzuki seperti model terkini Hayabusha, V-Strom 250, skuter Burman dan Avenis 125.
Manakala pada sebelah malam pula Suzuki Monsoon Getaway 2024 di meriahkan dengan acara sesi cabutan bertuah, persembahan nyanyian artis tempatan dan lain-lain aktiviti. Hadiah utama yang disediakan untuk pemenang cabutan bertuah merupakan sebuah motorsikal Hayabusa yang bernilai lebih RM110 000 00.
En. Mohamed Bin Bahari berusia 50 tahun dari Johor Bahru menjadi pemilik motorsikal Suzuki yang paling bertuah pada hari itu kerana berjaya menjadi pemenang hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah motorsikal Suzuki Hayabusya. Selain daripada hadiah utama sebuah motorsikal Hayabusa cabutan bertuah Suzuki Monsoon Getaway 2024 yang bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 malam itu turut menyediakan hadiah menarik yang lain seperti sebuah Suzuki GSX-S1000GX, Suzuki Gixxer SF250, Suzuki GSX-S150, 5 tiket melancung ke Suzuki HAMAMATSU Jepun, 10 buah basikal jenama Bottechia dan lain-lain hadiah sagu hati.
Dengan sambutan hangat dari pemilik Suzuki dan kehadiran pengunjung yang semakin bertambah, acara tahunan Suzuki Monsoon Getaway dijangka akan bertambah meriah dan akan menjadi salah satu perhimpunan permotoran yang besar di masa akan datang.
Tahniah AMI-Suzuki, Tak sabar nak jumpa lagi tahon depan Joyyeahhh!
Comments
Loading…