in

AMI MOTORWORK ANJUR HARI TERBUKA BERSAMA PELANGGAN

Buat julung kalinya sejak mula beroperasi pada April 2022, AMI MOTOWORK telah mengadakan Hari Terbuka kepada pelanggan dan orang ramai di pusat servis mereka yang terletak di 35 & 37, Jalan Penulis U1/42, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor. AMI MOTOWORK adalah salah sebuah anak syarikat yang bernaung dibawah FY MOBILITIES INDUSTRIES SDN. BHD (AMI GROUP).

Dalam majlis Hari Terbuka Pelanggan tersebut, AMI MOTOWORK telah menawarkan beberapa kemudahan dan acara yang menarik kepada pelanggan yang hadir seperti 30 hadiah cabutan bertuah, jualan pakej servis motosikal, diskaun servis pakej sehingga 70% melibatkan penggantian minyak enjin, oil filter, coolant dan minyak brek, pelanggan yang membuat bayaran untuk pembelian servis pakej layak menerima Hadiah Misteri bernilai sehingga RM340.00.

Hari Terbuka Pelanggan AMI MOTOWORK turut menyediakan Bike Service Promotion yang terbuka kepada semua jenis motorsikal yang berkuasa 250cc dan ke atas. Dengan pembelian pakej servis, pelanggan akan layak mendapat penukaran cecair penyejuk dan brek secara percuma.Hadiah-hadiah menarik juga turut disediakan seperti (Notepad, Tshirt, key chain). Di samping itu, makanan dan minuman juga turut disediakan untuk pelanggan dan tetamu jemputan yang hadir.

Yang Berbahagia Dato Jeffrey Lim Pengarah Urusan Kumpulan AMI Group telah merasmikan Majlis Hari Terbuka Pelanggan AMI MOTOWORK yang turut dihadiri oleh Encik Awalludin Mohammed Lip Timbalan Pengurus Besar kumpulan AMI Group dan Encik Lee Cjooi Kiun Pembantu Pengurus Besar Kewangan.

AMI MOTORWORK yang memiliki pengalaman selama lebih 30 tahun dalam industri motorsikal merupakan sebuah bengkel motorsikal eksklusif yang memberi keutamaan kepada semua jenis motorsikal yang berkuasa 250cc dan keatas pelanggan pelanggan AMI MOTORWORK terdiri daripada pemilik-pemilik motorsikal dan juga daripada agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta. AMI MOTORWORK menyediakan peralatan dan kemudahan servis yang lengkap dan moden seperti turut memiliki 6 buah lif, mesin pembuka tayar, scan tools untuk pemeriksaan keadaan motorsikal untuk memudahkan melakukan penyelenggaraan dan sokongan daripada seorang pengurus 16 dan dibantu oleh orang mekanik yang terlatih dan mahir. AMI MOTORWORK turut menyediakan ruang menunggu yang selesa (minuman disediakan), surau dan juga tandas yang bersih untuk kemudahan pelanggan.

Lain-lain kemudahan yang disediakan oleh AMI MOTORWORK ialah perkhidmatan ” towing” motorsikal (seluruh semenanjung, waktu pejabat hp 019 2272553) kepada pelanggan yang memerlukan, mengambil upah pasang (pelanggan membawa sendiri alat ganti dan, jaminan 3 bulan untuk bahagian yang diganti, Pelanggan boleh membuat temu janji sehari sebelum datang ke bengkel atau terus datang pada bila-bila mengikut masa sendiri (walk in).

Waktu operasi AMI MOTORWORK bermula daripada 8.30 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari Isnin sehingga Jumaat, Sabtu dan Ahad cuti.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

HARGA KASAR RM8.8K, QJMOTOR SRF15 KINI MENDOBRAK SEGMEN 150CC MALAYSIA!

MALAYSIANCUBPRIX ROUND 6: AZROY ULANGI KEJAYAAN DI TERENGGANU