Yamaha PG-1 dilengkapi dengan enjin 114cc penyejuk udara, satu silinder yang memberikan tork 9.5 Nm. Secara mata kasar, ianya menggunakan enjin Yamaha Lagenda 115, dan semestinya amat mudah untok di’apgred’ oleh pencinta performance!
Jentera explorer ini mempunyai ‘ground clearance’ 190mm, garpu hadapan (fork) Teleskopik jenis H-Type, manakala tayar luar jalan (offroad) 16 inci untuk tunggangan yang lancar di kawasan yang tidak rata. Tangki bahan api pulak adalah 5.1L dan terdapat aksesori tambahan untok dipileh sesuai dengan karektor Raida masing2 lah.
Yamaha PG-1 boleh didapati dalam dua warna yakni Casual Beige (Kuning Ayaq Senmper) dan Forest Green (Hijau Belantararaya). Selain itu, setiap pembelian disertakan dengan kunci cakera keselamatan percuma sebagai hadiah.
Harga runcit yang disyorkan ialah RM6,998 (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran).
Yamaha PG-1 boleh didapati di premis pengedar pada akhir September 2024 dan seterusnya. Sila ambil perhatian bahawa harga yang diberikan ini adalah garis panduan dan mungkin tertakluk kepada perubahan.
Ikuti perkembangan terkini dengan berita terkini di halaman Facebook rasmi kami “Yamaha Motor Malaysia”.
Comments
Loading…