in

PERASMIAN BILIK PAMERAN KAWASAKI SHAH ALAM ALL STAR

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Tuan Roslan Roskan hari ini telah merasmikan BILIK PAMERAN KAWASAKI SHAH ALAM ALL STAR yang terletak di CHEAR MOTOR, No 46, Jalan 15/22, Taman Perindustrian Tiong Nam, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

Turut hadir dalam majlis perasmian Kedai Kawasaki hari ini ialah Pengarah Kawasaki Shah Alam, Datuk Chear Kim Keong dan Ketua Pegawai Pemasaran Modenas, Yusaku Kashiwagi. Beberapa buah kelab pemotoran dan pemilik motorsikal jenama Kawasaki yang kebanyakan pemilik motorsikal Kawasaki berkuasa tinggi turut dijemput untuk memeriahkan majlis di samping beberapa aktiviti juga turut diadakan, seperti pameran “dyno” Kawasaki ZX10R, “wheelie setempat”, persembahan tarian singa dan juga jamuan makan tengahari.

Dalam ucapannya Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Tuan Roslan Roskan berkata, dengan pembukaan kedai Kawasaki di Shah Alam di harap akan lebih memudahkan bagi peminat khasnya di Lembah Klang untuk datang melihat dan memilih (membeli) motorsikal jenama Kawasaki yang berkuasa dari 250cc dan ke atas (chopper, sportbike & superbike). Pemilik Kawasaki juga akan menikmati kemudahan servis yang terbaik dari pakar-pakar motorsikal Kawasaki yang terlatih untuk motorsikal mereka di samping kemudahan untuk membeli alat ganti tulen dan aksesori di bawah satu bumbung. Tuan Roslan Roskan juga menyatakan kenyakinannya terhadap jalinan kerjasama di antara Modenas dan Kawasaki berikutan dengan kejayaan dan sambutan baik peminat permotoran terhadap jenama Modenas Ninja 250cc. Tuan Roslan juga memaklumkan sehingga hari ini mereka telah berjaya menjual lebih satu ribu unit motorsikal Modenas Ninja 250 sejak Julai 2022.

Datuk Chear Kim Keong pemilik Kedai Kawasaki Shah Alam pula berkata, Kawasaki Shah Alam merupakan kedai motorsikal Kawasaki yang pertama dibuka di Malaysia di mana pihaknya turut menyediakan perkhidmatan urusan “pinjaman kedai” dan pinjaman melalui bank untuk memudahkan pelanggan memiliki motorsikal idaman mereka.
Pelanggan yang berminat untuk memiliki motorsikal di Chear Motor Shah Alam boleh membuat pinjaman daripada mana-mana bank pilihan mereka kerana Chear Motor sudah lama menjalin kerjasama dengan semua bank“, tambah Datuk Chear.

Ketua Pegawai Pemasaran Modenas, Yusaku Kashiwagi turut tampil memberi taklimat ringkas berkaitan dengan ciri-ciri yang terdapat pada motorsikal terbaru Modenas Vulcan S 650.

Spesifikasi Kawasaki Vulcan:

* Enjin: parallel-twin 649 cc sejukan cecair
* Kuasa: 60 hp
* Gear: 6 kelajuan.
* Lampu LED
*Kapasiti tangki 14 liter.
* Tayar hadapan 120/70R18M/C 59H tanpa tiub
*Tayar belakang 160/60R17M/C 69H tanpa tiub.
* Disc brake Abs: hadapan 300mm
* Disc brake:belakang: 250 mm
* Berat 226 Kilogram
* Warna Metallic Fiat Spark Black dan Pearl Matte Sage Green
* Harga Bermula RM36.500.

Modenas Vulcan S 650 mempunyai sistem Ergo Fit di mana kedudukan bar pemegang, tempat duduk dan tempat letak kaki yang boleh dilaras mengikut kesesuaian penunggang,

Kedai Kawasaki All Star ini terletak di kawasan taman perindustrian Tiong Nam dan mempunyai ruang pameran yang agak besar dan selesa untuk dikunjungi kerana kedai ini merupakan bangunan kilang kecil dan sederhana.

Antara model motorsikal Kawasaki yang dipamerkan di kedai ini adalah Modenas Ninja 250/250 ABS, Modenas Z250 ABS, Modenas Ninja Ohlin. Modenas Vulcan S ABS, Kawasaki Z900RS, Kawasaki Ninja 1000SX, Kawasaki Ninja ZX-10R, dan Kawasaki Versys 1000.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

DENGAN RM 13,980, SANG AVETA HIBRID VADV150 MENANTI PEMBERANI DI KEDAI BERHAMPIRAN!

CASTROL MERAIKAN HARI MEKANIK MALAYSIA 2023 !