Pengimport dan pengedar tunggal motorsikal Royal Enfield di Malaysia, Didi Group telah melancarkan motosikal model “lightweight” mereka, RE Hunter 350.
Hunter 350cc yang mula diperkenalkan di lndia pada tahun 2022 merupakan gabungan gaya roadster dengan karektor Royal Enfield, diimaginasikan semula dalam geometri yang bergaya, padat lagi-maskular, mampu mengatasi laluan bandar yang sesak dan lasak mengharungi laluan di luar bandar yang mencabar.
Hunter 350 mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh dunia termasuk di Brazil & Colombia. Di India sahaja, seramai 100k orang sudah berjaya memiliki Hunter 350 dan Royal Enfield juga memaklumkan sudah menerima lebih 100k tempahan untuk menjadikan Hunter 350 sebagai satu model yang paling hangat di India ketika ini!
Ya.. buat Raida2 yang sebelom ni tak pernah layan filem Tamil, lepas ni sila tengok filem Tamil. Semenjak 10-15 tahon kebelakangan nih, banyak kelibat jentera Royal Enfield melatari filem2 Tamil moden. Bahkan, filem2 Tamil mutakhir ini pon dah terlalu internasional, canggih dan padu seiring dengan teknologi jentera Royal Enfield jugak. Tak caya? Cuba la layan filem Tamil nanti Lu Orang akan paham sendiri Nohhh!
Royal Enfield Hunter 350 dipacu oleh enjin satu silinder 349 cc J-series dengan penyejukan udara, sistem suntikan bahan api elektronik, digabungkan bersama transmisi lima kelajuan. Hunter 350 mampu menghasilkan kuasa sehingga 20 hp pada 6,100 rpm dan 27 Nm tork pada 4,000 rpm. Enjin yang digunakan adalah sama dengan Royal Enfield Classic 350 dan Royal Enfiel Meteor 350. Penggunaan kerangka Harris Performance pula mampu memberi pengendalian yang mudah dan lincah kepada penunggangnya.
Penampilan Hunter 350 yang mantap dipadankan dengan rim aloi 17 inci (saiz tayar 110/70 di hadapan dan 140/70 di belakang) dengan tayar tanpa tiub. Ia turot menggunakan brek cakera pada hadapan dan belakang. Brek cakera tunggal 300 mm dari ByBre digunakan di hadapan dan di belakang pula menggunakan brek cakera 270 mm, di mana kedua-duanya menggunakan sistem ABS dua-channel. Hunter 350 juga dilengkapi dengan dengan fork teleskopik di hadapan, dua penyerap hentak di bahagian belakang. Muatan tangki (petrol) pula adalah 13 liter.
Lampu belakang adalah dari jenis LED dan pengecas USB turut dipasang pada Hunter 350. Paparan meter pula adalah gabungan digital dan analog.
Hunter 350 direka untuk kegunaan pelbagai golongan, di datangkan dalam dua varian iaitu Metro Rebel dan Metro Dapper di mana Metro Rebel hadir dengan kombinasi dua warna.
Terdapat 6 pilihan warna untuk dua varian Hunter 350:
-Rebel Blue
-Rebel Red
-Rebel Black
-Dapper Ash
-Dapper White
-Dapper Grey
Harga yang disyorkan adalah:
1. Royal Enfield Hunter 350 Dapper Series bermula dari RM22,000
2. Royal Enfield Rebel Series berharga RM22,200
Spefikasi Royal Enfield Hunter 350:
Enjin: 349 cc
Kuasa: 202 hp
Kapasiti Tangki: 13 Liter
Jenis Enjin: Satu silinder, 2-Valve, penyejukan udara, SOHC 4-Stroke
Compression Ratio: 9.5:1
Sistem Pelinciran: Wet Sump
Valve Configuration: SOHC
Drive Type: Chain Drive
Spark Plugs: 2
Jenis Klac: Wet, Multiplate
Bore X Stroke: 75 mm x 85.8 mm
Tork Maksimum: 27 Nm
S¹¹istem Penyejuk: Penyejukan udara
Injection Type: Fuel Injection
Paip Ekzos: Single Exhaust
Maksimum Tork: 4000 rpm
Maksimum RPM: 6100 rpm
Top Speed: 114 Kmj
Berat: 181kg
Electrical system: CSystem voltage; (V) 12V
Battery rating: (Ah) 8.0Ah
Teks Dan Gambar Oleh: Abah Asri M. Nor.
Comments
Loading…