in

EMOS TAWAR KHIDMAT BANTUAN TUNDA UNTUK MODEL KAWASAKI

Edaran Modenas Sdn Bhd (“EMOS”) anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”) kini menawarkan khidmat bantuan tunda bagi pemilik jentera Kawasaki melalui Multi Auto Rescue Sdn Bhd (“MASA”) berkuat kuasa pada 1hb November 2022, pada kadar yang lebih rendah dan mudah sebagai perlindungan tambahan ketika kerosakan dimana pemilik akan menerima bantuan 24-jam daripada pihak pakar dalam masa yang singkat.

Khidmat bantuan yang ditawarkan adalah percuma bagi motosikal jenama Kawasaki dan Modenas “re-badge” yang dikilangkan pada tahun 2022 dan didaftarkan pada 1hb Ogos 2022 dan seterusnya.

Berikut merupakan servis serta terma dan syarat yang telah ditetapkan dibawah program tersebut:

Khidmat tunda percuma sejauh 100km pergi balik, di seluruh Malaysia, termasuk bandar-
bandar utama di Sabah & Sarawak.
Sarawak – Kuching, Bintulu, Sibu, Miri, Sri Aman
Sabah – Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Lok Kawi, Sandakan, Tawau, Kota Murudu, Ranau, Kundasang, Keningau, Lahad Datu, Labuan, Papar.

– Untuk tundaan yang melebihi 100km, bayaran sebanyak RM2.00 akan dikenakan bagi setiap kilometer.

– Khidmat tunda meliputi segala jenis kerosakan yang berpunca dari enjin/motor mahupun kemalangan.
-Setiap ahli akan menerima empat (4) kali servis bantuan tundaan percuma dalam masa setahun.
-Khidmat servis ini sah dalam tempoh setahun SAHAJA selepas tarikh didaftarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, “Kami di EMOS sentiasa mencari peluang dan cara baharu dalam menyediakan perkhidmatan tambah nilai kepada pengguna-pengguna motosikal kami. Dan kami tahu, tidak ada penunggang yang mahu berjalan sambil menolak motosikal berat mereka, malahan ada yang terpaksa meninggalkan ia terkandas ditepi lebuh raya. Dengan itu, kami menumpukan lebih masa dan sumber dalam memastikan pelanggan kami menerima bantuan tundaan dengan pantas, cekap dan selamat untuk kedua penunggang dan motosikal.”

Kepada pemilik motosikal jenama Kawasaki dan Modenas “re-badge” yang memerlukan bantuan,
anda boleh hubungi talian bebas tol Kawasaki Roadside Assistance 24/7 di 1-800-88-0008, tidak kira siang atau malam. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi Kawasaki di : http://www.kawasaki.com.my/home

atau Kawasaki WhatsApp Careline +6019-570 8135.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

PELANCHARAN CFMOTO 450 SR 2022: INI BRAND SUDAH MASOK MOTOGP OYEAHHH!

PROMOSI AKHIR TAHON JENAMA AVETA!