in

SATUN TOUR 2022 DIMUSIM LANGIT MENANGIS

Sehingga 1813, Satun merupakan sebuah mukim negeri Kedah Darul Aman di Malaya, dikenali sebagai Mukim Setul. Akibat perjanjian British dengan Siam pada 1909, British menyerahkan Setul dan seluruh Tanah Melayu hingga ke Segenting Kera, Ranong kepada Siam. Ini kerana Siam menggangu aktiviti penjarahan bijih timah British di Kaki Bukit, Perlis. Disitu juga menyaksikan kemasukan buruh Cina. Sisa peninggalan masih boleh disaksikan hari ini. Terdapat Istana Raja Melayu yang dijadikan muzium di Satun. Bahkan Masih terdapat Batu Tanda Ban Melayu nun jauh di Ranong.

Tapi itu dululah punya cerita. Hebat orang tanah Melayu dulu. Cerita lain lagi seperti yang kita semua sedia maklum pada minggu lepas menyaksikan pembubaran Parlimen Malaysia. Dan dengan Pembubaran Parlimen mengakibatkan semua menteri hilang pekerjaan. Mereka (baca penganggur) kini sedang meminta kerja daripada kita (majikan). Gunakan kuasa kita sebagai majikan. Baca (kita) Rakyat. Pilih sebaik mungkin. Sapa curi duit tak mengaku kita ambil tahu. Sapa cakap tak serupa bikin pun kita buat pedoman. Siapa aniaya Adib Bomba kita dendam. (Ini yang terpaling terkesan dalam hati. Masa belom berkuasa, bergegar vagina menuntot keadilan untok Allahyarham Adib. DIMANAKAH KEADILAN UNTOK ALLAHYARHAM ADIB!? Inilah soalan dengan suara pecah ovari di Parlimen ketika itu. Akhirnya, setelah ‘Yang Bertanya’ itu menjadi orang kerajaan, Soalan Gegar Vagina itu pon ikot sepi ntah hilang kemana. Soalan tinggal soalan, Jawapan pulak tergantong di langit Kirmizi. Akhirnya pahamlah kita bahawa ‘perjuangan’ mereka sebelom ini hanyalah sendiwara manusia2 kebuloq kuasa!- Editor).

Tapi nak cerita yang sebenarnya adalah perihal Ride Ribut Taufan ke La-Ngu Satun, di musim Langit Menangis. Tempat yang dituju adalah Kampung Telaga Tujuh / Laga Tuyo. Siam baca Ban Bo Chet Luk. Kampung asal Melayu Urak Lawei. Sebuah pulau kecil yang bersambung dengan jambatan ke tanah besar. Pulau dibuka oleh pelaut Chao Nam / Urak Lawei / Orang Laut Aboriginal Malay yang pertama mendarat membuka kawasan situ, kiranya nak settle down dan tinggal di situ, dan kawasan nih terletak di sebelah matahari terbenam pulau. Menurut cerita legenda, mereka telah menggali 7 perigi demi mencari air bersih. Dari Pekan La-Ngu kira-kira kurang lebih 14KM, dan dari sempadan Wang Kelian jaraknya kira2 80KM untuk sampai ke situ. Tempat cantik ada Pantai, ada ombak, ada view pulau. Ada local yang main surf ombak. Makanan pun ok tak mahal sangat. Dan kami merancang untuk bikin acara PEKETUM CAMPING DAY 2023 seminggu sebelum Ramadhan tahon depan di situ, InsyaAllah. Kawan-kawan yang dapat baca posting ni adalah dijemput buat ramai majlis Nohhh!

Mau nak join sila kontek Bang Mad kita, buleh ke Fesbuk dia @Malay Regime. Rock N Ride Nohhh!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MELILAU KE KOH SAMUI 2022

KONVOI 1,600KM MODENAS CIPTA REKOD LAGI!