in

MELILAU KE KOH SAMUI 2022

Perancangan untuk ride ke Koh Samui Thailand ni dah di jalankan hampir 2 bulan, kalau ikut rancangan asal hampir 8 orang yang akan ride bersama, tapi di sebabkan beberapa faktor kerja dan kesihatan, maka 3 orang saja yang betul2 dapat join ride kali ni iaitu Aku (Tu Jebat), Zool dan Tamin. Jentera yang digunakan adalah yang bermazhab Kapcai yakni Honda Wave 125,Honda RS 150 dan Honda RSX. Genap tiga generasi Honda Oyeah..Kami pilih tarikh 2hb September 2022 sebab bersambung terus dengan cuti penggal sekolah.

2hb September, Jumaat:
Lepas Solat Jumaat kami dah set untuk jumpa di area puncak Wang Kelian, Perlis dan seterusnya ke Caltex untuk isi minyak full tank dan botol spare.
Keadaan di border Wang Kelian tak terlalu sibuk, lagipun aku dah siap declare moto di Padang Besar, tunggu zool dan Tamin saja yang belom declare.

Lepas setel semua urusan passport dan declare kat Kastam, kami menuju ke arah Ratthaphom sebab nak naik highway Phattalung. Disebabkan masing-masing belum makan , kami berhenti makan di tepi jalan area Phattalung. Makanan memang sedap!

Selesai makan, kami teruskan perjalanan, jarak di meter menunjukkan hampir 130km dari Caltex Wang Kelian, tiba2 moto aku mati, aku tau minyak habis, sengaja aku x isi nk tgok sejauh mana tangki Honda Wave 125 ni boleh pi. Nasib aku spare 1.5 liter minyak.. so sempat la sampai PTT Phattalung.

Jam dah pukul 7 malam, lepas isi minyak kami rehat di 7E sambil berbincang samada nk teruskan perjalanan, sebab jarak lebih kurang 300km untuk sampai ke jeti Donsak. Zool dan Tamin bagi cadangan untuk teruskan ride malam, kami kena berhati2 sebab jalan dalam proses dibaiki dan kenderaan banyak terutamanya lori.

Sambil tu aku cari tempat menginap di area Suratthani, dapat 1 resort harga 400bhat, jadi aku pin location dan terus perjalanan. Jam 11 malam kami sampai di Surat, selesai cek in, kami keluar ke PTT berhampiran untuk cari makanan dan balik untuk tidur. Waktu Zool dan Tamin tidoq aku masih lagi x tidoq, menyiapkan video babak Mat Kilau, jam 3.30 pagi baru aku tidoq.

3hb September Sabtu:
Lepas solat subuh, kami dah siap prepare untuk sambung perjalanan hampir 80km ke Jeti Donsak. Jam 9 pagi kami berhenti sarapan di sebuah PTT, orang tak ramai dan kurang la sikit stress bila ride.

Jam 10 pagi kami sampai di jeti, kali ni naik feri Seatran, tiket 230bhat bagi moto kecik sekali dengan rider, dan masa tu orang tak ramai. Ada 2 keluarga dari Malaysia naik Vellfire satu feri dengan kami. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit.

Kami dah bincang nak lepak area Lamai Beach, sebab dekat dengan perkampungan muslim, senang nk cari makanan halal, sampai ja di Lamai kami terus ke kedai makan area kampung melayu disitu. Alhamdulillah, kedai tu masih bukak, risau jugak sebab covid 19.

Samui masih lagi dalam proses untuk pulih kesan dri Covid, pelancong pun tak ramai sangat, macam tahun2 sebelum ni. Selesai makan, terus kami cari bilik sesuai la dengan bajet rakyat. Dapatlah bilik family dengan harga 2000bhat untuk 3 hari 2 malam. Memang selesa, jarak ke pantai tak sampai 100 meter.. aku tak mau bahas bab harga dengan Malaysia..yang tu hangpa pikiaq sendiri la.

4hb September Ahad:
Banyak tempat2 viral yang baru ada kat Samui, masa dok mai dulu2 tak banyak sangat. Antaranya Overlap Stone, Valentine Stone, dan yang lain2 tu biasa la Hin Ta Hin Yai, Dusun2 durian, Chaweng beach, Big buddha, yang dah pernah pi dulu ni, aku tak pi la kali ni…
Kali ni banyak lepak kat tepi pantai release stress sama dengan kerja2 yang menimbun.

5hb September Isnin:
Lepas check out kami pi sarapan kedai Tok Imam tepi Masjid Samui. Kali ni kami balik naik Raja Ferry, tiket sama ja. Sampai aja di tanah besar, kami ikut Khanom yang viral sangat tu dikalangan rider siam. Fuhh! memang lawa. Kereta pun tak banyak, seakan2 Teluk Bahang Batu Feringgi la. Tapi belah kita ni dok hadap jem memanjang!
Sambil2 amik gambar dan video, kami teruskan perjalan melalui Nakhon Si Tammarat melihat negara orang, dan terus ke Hatyai pekena sup tapak kaki lembu….perghhhhh…. Lepas kenyang kami perlu segera sebab nk keluaq ikut border Padang Besar.

Berhenti isi minyak kt PTT lepas pekan Hatyai, sambil shopping benda makan kt 7E untok bagi kat anak2 di rumah. Alhamdulillah pukol 9 lebih dah selamat keluar ikut border Padang Besar tanpa banyak karenah.

Terima kasih untuk rakan2 ride kali ni…Sempoi!

Gambar Dan Teks : Tun Jebat.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

YAMAHA TECH MAX (TMAX 560) WAJAH BARU KINI MENGGEGAR DIPASARAN!

SATUN TOUR 2022 DIMUSIM LANGIT MENANGIS