in

ROCK N RIDE FROM LABUAN TO EX5 MEMBERS 2.0 GONG BADAK TERENGGANU! INI MEMANG GILA TAKDE OBAT NOHHH !

Pada Sabtu 1 Oktober 2022 yang lalu buat julung jalinya diadakan sebuah acara himpunan motosikal jenis Honda Ex5 kali ke-2 atau lebih dikenali EX5 MEMBERS 2.0 GONG BADAK telah berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu. Acara ini telah berjaya menghimpunkan ribuan pemilik motosikal Honda Ex5 dari seluruh pelusuk tanah air.

Hebahan untuk acara himpunan motosikal jenis Honda Ex5 telah dilakukan seawal 3 bulan memberikan masa yang cukup untuk semua pemilik Honda Ex5 melakukan segala persiapan yang sepatutnya dari segi mental dan fizikal juga memastikan jentera sedia sepenuhnya agar perjalanan ke tapak acara berjalan lancar.

Sebaik sahaja saya melihat hebahan untuk acara ini terlintas dari fikiran saya untuk menyertai acara ini disebabkan saya juga antara pemilik dan peminat motosikal Honda Ex5. Namun begitu banyak aspek yang saya perlu ambil kira disebabkan saya berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (Borneo).

Saya banyak menyertai acara himpunan motosikal mahupun konvoi kelab motorsikal di sekitar Labuan, Sabah dan Sarawak sejak 10 tahun yang lalu dengan menaiki Honda Ex5 milik saya. Namun, untuk menyertai sebuah acara himpunan motosikal di Tanah Semenanjung hampir mustahil untuk saya lakukan.

Setelah melakukan segala perancangan dan mengambil kira segala aspek yang perlu, saya akhirnya bersedia untuk memulakan perjalanan saya dari Labuan (Borneo) ke Terengganu (Pantai Timor Semenanjong Malaysia).

Bermula dari rumah saya bergerak ke Terminal Feri Kenderaan dan Penumpang Labuan. Saya perlu menaiki feri dari Labuan ke tanah besar Sabah dek kerana Jambatan Labuan-Sabah halimunan sejak puluhan tahun yang dulu.(Jambatan Halimunan? Wahhh.. ini boleh panggil majalah Misteri Nusantara nih keh keh keh! Sabar aja la bro…- Editor). Perjalanan dari Terminal Labuan ke Terminal Menumbok, Sabah mengambil masa dalam 2 jam 30 minit.

Sesampainya saya di Terminal Feri Menumbok Sabah, saya meneruskan perjalanan untuk sampai ke Pelabuhan Sepanggar, Sabah untuk menghantar motosikal saya ke Tanah Semenanjung. Perjalanan dari Menumbok Sabah ke Pelabuhan Sepanggar Sabah, hanya sejauh 163KM menyelusuri Lebuhraya PAN BORNEO namun mengambil masa sehingga 3 jam 30 minit dek kerana faktor jalan di Sabah yang seakan menyerupai permukaan planet bulan. (Dinasehatkan agar Raida2 di kawasan itu berpakaian seperti astronout demi mengoptimumkan lagi tahap keselamatan.-Editor).

Tiba di Pelabuhan Sepanggar Sabah, saya terus ke kaunter Kastam untuk menguruskan segala dokumen yang perlu lalu menyerahkan motorsikal saya kepada agen penghantaran kenderaan Sabah-Semenanjung. Penghantaran kenderaan dari Pelabuhan Sepanggar, Sabah ke Pelabuhan Klang, Selangor mengambil masa selama 10 hari.

2 hari sebelum acara himpunan motosikal jenis Honda Ex5 berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu, motorsikal saya tiba di Pelabuhan Klang, Selangor. Saya menghabiskan masa semalaman untuk melakukan persediaan terakhir untuk ke EX5 MEMBERS 2.0 GONG BADAK.

Tepat pukul 8 malam sehari sebelum acara diadakan saya mula bergerak dari Klang, Selangor. Hentian pertama saya di RnR Genting Sempah. Setelah selesai mengisi minyak dan perut saya meneruskan perjalanan ke RNR Temerloh. Saya berjumpa dengan dua orang penunggang motosikal Honda Ex5 yang juga ingin menyertai acara tersebut.

Saya bersama lagi dua orang penunggang tersebut meneruskan perjalanan bersama ke RnR Gambang dan seterusnya di RnR Perasing. Di hentian kali ni kami bertemu lagi lebih kurang tujuh penunggang motosikal Honda Ex5 yang ingin gerak bersama ke tapak acara. Kami meneruskan pula perjalanan ke hentian seterusnya yaitu RnR Paka, Terengganu.

Shell RnR Paka pada waktu ketika itu telah pun dipenuhi oleh pemilik motosikal Honda Ex5. Bermula dari RnR Paka kami meneruskan perjalanan ke tapak acara. Lebuhraya Pantai Timur 2 dibanjiri oleh ratusan motorsikal Honda Ex5 seawal 4 pagi ketika itu. Setelah berhenti di beberapa hentian lain akhirnya kami sampai di tapak acara. Suasana di tapak acara memang happening habeh Gua cakap Lu Nohhh!

EX5 MEMBERS 2.0 GONG BADAK akhirnya melabuhkan tirainya. Sempat juga saya berjumpa dengan beberapa idola permotoran tanah air yang saya kenali di tapak acara. Sempat juga saya membeli barangan cenderahati yang di jual di perkarangan Litar Permotoran Gong Badak.

Selesai sahaja acara saya sempat melawat ke Jambatan Angkat Terengganu untuk mengambil beberapa gambar kenangan. Lalu saya beransur balik ke Klang, Selangor. Alhamdulillah perjalanan saya sejauh 960KM pergi balik acara dipermudahkan.

“Walaupun hanya berbekalkan sebuah Honda EX5 100CC, Perjalanan ini telah melibatkan 5 buah negeri di susuri (Labuan-Sabah-Selangor-Pahang-Terengganu). Beribu-ribu kilometer dilalui. Berbagai cuaca dan bentuk muka bumi diharungi. Pelbagai juga ragam manusia di tapak event ku temui. Semuanya demi satu hobi. Dunia permotoran lah kehidupan kami. HONDA satu hati”.

Notaediter: Tahniah brader! Kisah2 Rock N Ride sebeginilah yang terbaik untok dikongsikan kat semua pembaca Majalah Kapcai. Biarpon hanya menunggang jentera Kapcai, tapi semangat didalam jiwa amatlah tinggi bak enjin 1400cc Nohhh! Semoga kisah2 sebegini menjadi pembakar semangat buat Raida2 yang lain untok melakukan perkara yang sama dimasa depan. Respek!

Teks Dan Gambar : Mohd Azwar Anas Jumat

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MALAYSIAN MOTOCROSS CHAMPIONSHIP 2022 BERMULA!

YAMAHA TECH MAX (TMAX 560) WAJAH BARU KINI MENGGEGAR DIPASARAN!