in

Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2022 Round 5 Ipoh, Perak. (24-25 September 2022)

Bandar Meru Jaya, Ipoh Perak, Kejohanan pusingan kelima (round 5) ini agak hebat sedikit. Tiket masuk ditaja sepenohnya oleh penganjur dan Round 5 ini juga disapot sepenohnya oleh pelbagai agensi kerajaan dan NGO seperti ARMADA, Kinta Motorsport, Pusat DUN Tambun, KBS, PDRM dan juga penaja rasmi seperti Wemoto.

Kejuaraan kali ini begitu meriah dan mendapat sambutan hot kerana lokasi yang strategik serta berdekatan pusat bandar, membuatkan peminat drag tanah air tidak melepaskan peluang khususnya yang datang dari Ipoh. Ipoh amat merindui kejohanan seperti ini. Ipoh pernah melahirkan ramai jaguh-jaguh permotoran di persada motorsport negara. Banyak pasukan-pasukan adhoc dari Ipoh yang turun mengambil bahagian dan memberi tentangan. Walaupun agak sukar memecah rekod kebangsaan yang sedia ada, namun pasukan-pasukan dari tuan rumah ini berjaya memecah monopoli king-king yang sedang bersemayam di takhta kejuaraan ET Kebangsaan.

Di tapak event, banyak gerai-gerai jualan dan pameran berkaitan dunia permotoran, kehadiran selebrti seperti Achey dan Ali Puteh turut memeriahkan suasana. Achey juga turut serta dalam perlumbaan kali ini bersama pasukan Meso Achey Project dengan menggunakan khidmat pro rider Pais Popeye.

RS1 – Yamaha 125Z Real Street (58mm/RON97)

Kelas ini adalah yang pertama memecah rekod kebangsaan pada round ini. Masih di permulaan ET1, Kecik Super yang mewakili Furious Once GMC Motor Suzuka Racing, Kedah telah memecahkan rekod kebangsaan yang dipegang oleh Eman Check yang mewakili Mattspeed Perfomance Nasty Port Flow, Pahang.

Eman Chek dengan ET 8.016sec, dibuat semasa round 1 (March 2022). Selama 6 bulan rekod ini bertahan di Hall of Fame Malaysia Drag Bikes National ET Record 2022.

Rekod kebangsaan RS1 yang terbaru oleh Kecik Super ialah ET 7.977sec.

Dalam kelas ini, 13 jentera drag lain turot terlibat diantaranya ditunggang oleh barisan pro rider seperti Eman Chek, Kecik dan King Kasha masih belum melepasi catatan dibawah di bawah 8.0sec.

RS2 – 4T bawah 160cc Real Street (57mm/RON97)

Kelas ini tiada perubahan, rekod kebangsaan masih di pegang Eman Chek mewakili ESR Motor, Perlis. ET 7.377sec semasa Round 2 di Pekan, Pahang masih belum dihancurkan sehingga hari ini. Selain itu jentera kedua ESR yang juga ditunggang oleh Eman Chek berada di tempat kedua terpantas dengan ET 7.407sec.

ESR Motor yang menurunkan Yamaha Y15 dan Y16 ini pertama kali semasa round 2 di Pekan, Pahang pada bulan Mei 2022 dan terus mengungguli carta ET di tempat pertama dan kedua dan sebagai pemegang rekod kebangsaan kelas RS2 ini.

RS3 – 4T bawah 160cc Real Street (65mm/RON97)

Kelas perlumbaan ini adalah paling ramai penyertaan dan paling diminati. Kesemua penyertaan dipenuhi oleh jentera-jentera Yamaha seperti Y15, Y16 dan LC135. Semasa round 3, pernah tercatat seramai 54 jentera pernah mendaftarkan untuk kelas ini.

Tumpuan kelas ini sepenuhnya diberikan kepada Eman Chek dari ESR Motor yang mula menyertai kelas ini ketika di round 3. Tiga buah jentera dihantar oleh ESR dan
salah satunya telah membuat rekod kebangsaan ET 6.828sec dan rekod ini bertahan untok 2 round.

Tetapi di round 5 ini, Eman Chek dan ESR Motor telah berjaya membuat rekod kebangsaan baru iaitu ET 6.809sec.

Selain itu, Arm Motorwork berjaya mencuri kedudukan ketiga dengan ET 6.860sec menewaskan jentera ketiga ESR motor.

RS4 – Yamaha RXZ Real Street (61mm/RON97)

Kelas ini juga antara yang paling mencuri perhatian peminat drag tanah air. Pais Popeye yang tampil bersama HS Perfomance, Selangor telah memecahkan monopoli Danish Motor, Pahang yang dikuasai sejak round 1 di Litar Terengganu.

Danish Motor yang diwakili Kecik Super memegang rekod kebangsaan ET 8.037sec akhirnya tewas di tangan HS Perfomance. Pais Popeye dan HS Peerfomance mula menyertai saingan ET ini sejak round 3, pada Julai 2022 dan hanya mampu membuat catatan terbaik ET 8.393sec dan di round 4 ET 8.222sec.

Namun di round 5 ini, tanpa di duga sama sekali Pais Popeye terus memintas rekod 6 bulan yang dipertahan oleh Kecik Super dan Danish Motor dan seterusnya ditabal sebagai pemegang rekod kebangsaan dengan ET 7.993sec yang dibuatnya semasa ET2, round 5.

RS5 – Yamaha Lagenda 115cc fi Real Street (65mm/RON97)

Kelas ini mula pertama kali diperkenalkan ketika round 3 di Port Klang, Selangor pada Julai 2022. Rekod Kebangsaan yang di pegang oleh Ajoy KKE Motor selama 2 round dimusnahkan dengan bersahaja sambil kontrol hensem oleh Eman Chek dengan ET 7.318sec di bawah panji-panji ESR Motor.

Eman Chek (ESR Motor) mula berlumba untuk ketegori ini pada round 4 dan hanya mampu menempatkan namanya di tempat ketiga secara keseluruhan yang mana ketika itu Eman Chek bersama pasukan gabungan ESR X Edin Kus. Kini, nama Eman Chek terus melonjak, beliau antara pro rider yang banyak namanya di senarai hall of fame Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2022.

PS1 – 4T bawah 110cc Pro Street (60mm/Standard head blok)

Ketika round 1, Eman Check memulakan kejuaraan ini bersama Yop Motor Anh Rizqi, dan dia juga telah membuat rekod kebangsaan ketika itu dengan ET 7.712sec. Dalam round 2, Eman Check bersama AJA Motor CVK Drag sekali lagi memecah rekod kebangsaan dengan ET 6.969sec.

Eman Chek kekal bersama AJA Motor CVK Drag di round 3 dan di round 4 tanpa sebarang rekod baharu sehinggalah round 5 ini, Eman Chek memperbaharui rekod yang di buatnya di round 2 dengan catatan masa terpantas 6.787sec.

Rekod kedua terpantas juga dipegang oleh Eman Chek juga dengan Jentera AJA Motor Pokmin Satey CVK Drag dengan ET 6.949sec.

Secara keseluruhan, dari 11 jentera padu kelas ini, hanya Eman Chek sahaja mampu membuat ET di bawah 7sec. Apakah yang beliau makan? Apakah amalan seharian beliau untok kekal padu? InshaAllah kami akan tanya jiran sebelah rumah dia dihari raya yang bakal tiba.

PS2 – Yamaha RXZ Pro Street Pipe-On

ESR Motor memegang rekod ini sejak round 1, jentera RXZ pipe-on ini ditunggang oleh Hattem membuat ET 7.087sec. Rekod selesa ini tidak tergugat selama 3 round, sedikit tekanan diberikan oleh MatJaa 72 YNS Project dan FAEEZ MOTOR dalam perebutan kedudukan disetiap round namun masih belum mampu menggugat kerakusan ESR Motor.

Round 3, Achik Skoda dan FAEEZ MOTOR pernah mendapat tempat kedua dan tempat pertama di round 4, tetapi masih belum mampu menggugat rekod kebangsaan sedia ada ketika itu.

Tetapi satu kejutan telah dibuat di round 5 ini. Acik Skoda dan FAEEZ MOTOR telah memecah rekod kebangsaan ET 7.000 seterusnya memahatkan namanya dalam senarai pemegang rekod kebangsaan kelas PS2.

PS3 – 2T bawah 150cc Pro Street

Kelas ini pula didominasi oleh Matyen Motor Taikom Racing daripada Kedah yang telah membuat rekod baru di round 1 dan 2. Bermula di round 3, Matyen Motor menukarkan nama mereka kepada Matyen Motor Taikom Racing Mirul Project dan tiada perubahan rekod.

Rekod kebangsaan seterusnya dibuat oleh mereka ketika round 4 iaitu ET 6.815sec dan tiada perubahan setakat ini. Kedua buah jentera 125Z yang di hantar oleh Matyen Motor ditunggang oleh Eman Chek dan menduduki kedudukan dua tertinggi setiap round. Matyen Motor Taikom Racing Mirul Project menguasai sepenuhnya kategori ini.

Saingan sengit kelas ini tetap diberikan oleh Meran Motor WS Dyno Speed SCK Racing dimana Achik Skoda berjaya menempa nama di kedudukan kedua dengan ET 6.897sec di round 5 ini, hanya berbeza 0.082sec untuk merampas rekod kebangsaan.

PD1 – RXZ/PANTHER/KIPS/RR Pro Drag

Kawasaki Super Kip milik Meran Motor WS Dyno Speed SCK Racing dari Kelantan masih memegang rekod kebangsaan sejak round 1. King Kasha yang telah membuat rekod ET 6.423sec dan terus beraksi cemerlang di setiap round tanpa sebarang gangguan.

Di round 5 ini, berbanding dengan round sebelumnya, Negeri Perak menurunkan 4 jentera terbaik untuk memberi tentangan. Dua dari Ipoh, satu dari Kinta dan satu lagi dari Batu Gajah. Kecik Super yang memberi khidmatnya untuk Samhan Garage dari Batu Gajah hanya hanya mampu mengikuti d tempat kedua di round 5.

PD2 – 4T bawah 125cc Pro Drag (Head blok bawah 125)

Kelas ini juga menyaksikan dominasi ESR Motor dari Perlis. Hatem yang mewakili ESR Motor pertama kali beraksi ketika round 2, Hatem mula mengganas di round 3 dengan memecah rekod kebangsaan ketika itu dengan penoh kerakusan durjana. Dia juga mengendalikan dua buah jentera ESR Motor untok terus menguasai dua tangga teratas setiap round (3 dan 4).

Dalam round 5 ini, Hatem sekali lagi membuat rekod kebangsaan baru dengan ET 6.360sec. Namun jentera keduanya terpaksa tunduk untuk memberi laluan kepasa As Motor Timsun Racing, Kelantan yang dikendalikan oleh Kecik Super di tempat kedua catatan masa terpantas kategori ini.

PD3 – Matic bawah 200cc Pro Drag

Tiada penyertaan di round 5 ini. ESR Motor masih menjadi pemegang sah rekod kebangsaan yang dibuat semasa round 4. Jentera NXV155 yang dikendalikan oleh Hatem mecatat ET 6.509.

Kita masih menantikan kehadiran Wan Rentong X44 Motor dari JB (ET 6.791sec) yang pernah memegang rekod semasa round 1,2 dan 3 bagi kelas ini untuk mecabar rekod dan kedudukan ESR Motor.

PD4 – 2T bawah 150cc Pro Drag

Dominasi dua jentera Jeffry Motor Suzuka Racing, Perlis menguasai kelas ini sejak round 1. Rekod kebangsaan dibuat semasa round 4 ET 6.237sec oleh Wawan dan rekod ini masih belum mampu digugat.

Kelas ini paling ditunggu-tunggu peminat drag oleh kerana kehadiran gergasi-gergasi drag tanah air seperti Meran Motor Ws Dyno Speed Sck Racing (King Kasha) 2 buah, Matyen Motor Taikom Racing Mirul Project (Eman Chek) 2 buah, Mia Racing Project (Kecik Super) dan lain-lain lagi nama-nama besar drag.

PD5 – 4T bawah 200cc Pro Drag

Kelas paling ngeri dalam dalam senarai kejuaraan ini. Rekod kebangsaan ET 5.980sec yang dibuat semasa round 1 oleh Kecik Super bersama pasukan As Motor Timsum menggunakan jentera Honda Sonic 150 dan rekod bagi kelas ini masih belum digugat.

Di Ipoh ini, Kecik super juga mengendalikan jentera Y15 daripada Chia Racing Project Pirano Team dari Pulau Pinang yang mengungguli tempat pertama round 5 diikuti Shidi Garage X Liena Racing Oneway Lubricants.

Jumpa lagi kita di round 6 di Terengganu bersempena BOTK 2022. Adakah jentera-jentera Thailand akan mengkucar-kacirkan pemegang-pemegang rekod kebangsaan? Jumpa anda disana.

Kelas-kelas perlumbaan Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2022:

RS1 – Yamaha 125Z Real Street (58mm/RON97)
RS2 – 4T bawah 160cc Real Street (57mm/RON97)
RS3 – 4T bawah 160cc Real Street (65mm/RON97)
RS4 – Yamaha RXZ Real Street (61mm/RON97)
RS5 – Yamaha Lagenda 115cc fi Real Street (65mm/RON97)
PS1 – 4T bawah 110cc Pro Street (60mm/Stadard head blok)
PS2 – Yamaha RXZ Pro Street Pipe-On
PS3 – 2T bawah 150cc Pro Street
PD1 – RXZ/PANTHER/KIPS/RR Pro Drag
PD2 – 4T bawah 125cc Pro Drag (Head blok bawah 125)
PD3 – Matic bawah 200cc Pro Drag
PD4 – 2T bawah 150cc Pro Drag
PD5 – 4T bawah 200cc Pro Drag

Jumpa di Battle Of The King 2022 (BOTK) di Terengganu minggu depan Nohhh!

www.majalahkapcai.com
www.facebook.com/majalahkapcaiofficial
YouTube : MAJALAH KAPCAI TV
TikTok : @majalahkapcaimalaysia

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

GDR 2 ANITA YUSOF: Riviu Sekali Sekala dan Sedikit Ole-Ole Tak Seberapa Dari Majalah Picisan Bernama Kapcai…

NCY : LAGENDA SKUTER KELAJUAN SHETAN DARI TAIWAN !