Global Dream Ride 2 atau dikenali GDR2 adalah kesinambungan ride penjelajahan ke serata pelusok dunia oleh muslimat bernama Anita Yusof. Edvencher GDR1 telah saksess pada tahon 2015 dimana ridenya bermula dari Seattle, Amarika menuju lokasi paling barat di dunia ini, yaitu Vladivostok (Rusia).
Tahon 2019, Puan Anita kita ni melancharkan pula GDR2 yang mana beliau memulakannya dari Afrika Selatan. Namun misi menaklok benua Afrika ini tergendala apabila dunia dilanda virus Covid Copperfield dan beliau ketika itu sudah sampai di Ethiopia. Hampir 13 bulan bermestautin di Ethiopia, malah sudah fasih berbahasa Ethopic (mungkin selalu pi pasar malam kot kat sana) dan akhirnya beliau terpaksa srenda (surrender atau menyerah dalam bahasa Ethopia) meninggalkan motornya disana dan kembali ke Malaysia pada Disember 2021.
Ketika inilah (2021) kami berjumpa Anita Yusof, dan setiap kali Anita Yusof balik dari ride, dia akan jumpa kami bagi hadiah macam-macam seperti keychain, fridge magnet, stiker… macam kebiasaan kita melancong lah kan (yelahh tu..). Maklomlah kami dah kenal lama dengan beliau, sejak pertama kali beliau ride secara serius, pada tahon 2013 di Central Asia.
Takkan dah kenal 9 tahon tak bagi apa apa kan? keh keh! Sebenarnya, TQ kak Nita sebab bagi baju gambar piramid, keychain kulit kuda liar Red Indian, sticker Overland Expo USA, merchandise GDR dan buku-buku pengembaraan yang telah diterbitkan seperti Stan, GDR1,2,3,4 yang siap ditandatangan serta menyelitkan nama Majalah Kapcai di setiap penerbitan beliau. Kami amat terharu dan shahdu di pagi shawal mengenangkan peristiwa itu. Oh indahnya ketupat dan lemang berserta kueh samprit.
Seperti kebiasaan, kami akan menawarkan khidmat mencari jodoh untuk Anita Yusoff, jodoh tu maksudnya pihak-pihak yang ingin menaja beliau. Dan kami juga akan membuat tapisan dan kontrak dan seumpamanya. Umpama kalau di syarikat rekoding lagu, maknanya Anita Yusof ni kira macam artis di syarikat kamilah… cewahhh!!! Tapi dia memang seorang artis pun dulu-dulu. Dia dulu2 nih adalah bassist band Sherock, band Rock pompuan (tapi ada sorang laki dalam band tu).
Rakan sekutu kami yaitu Honlid Motor Parts telah memberikan pelbagai barangan keperluan untok seorang rider penjelajah dunia seperti barang alat ganti ori Yamaha FZ, set tali pengikat jenama CARGOLOG SHARK dan set sprocket terkenal Jenama STT Racing Sprocket yang dipakejkan dengan rantai STT Izumi ori Japan.
Barang ori Yamaha tu sememangnya terbaik berbanding part aftermarket, akan tetapi jika jenama spoket, kami memang merekomendasi kepada Anita Yusof jenama STT Harden Steel. Ternyata ampuh, kuat, tegang dan tahan lama (dah macam promote minyak lintah la pulak).
Selain itu, untok lebih menepati konsep advencher, kami telah mendapatkan sepasang tayar Corsa Cross S Platinum untok FZ beliau. Konglomerat tayar terkenal Artic Tayar, Seri Kembangan sudi menyumbangkan kepada Anita Yusof. Bagi mengenang jasa baik Artic Tayar, apabila merentasi sahaja garisan artik dan tiba di Artic Circle Center di Trondheim, Norway, Anita Yusof telah mengabadikan potretnya bersama motor FZ beliau sambil menampakkan sticker Artic Tayar yang sunggoh pemurah da murni hatinya. Allah Selamatkan Chekgu Morni…
Dari Jeddah sampai Norway, hampir 25K kilometer, tayar Corsa Cross S yang belakang sudah sipi-sipi, tayar depan tak ada apa perubahan langsong, beban terlalu berat di belakang ditambah dengan berat Anita Yusof itu sendiri, tu yang habis cepat. Tapi tak mengapa, Artic Tayar menerbangkan lagi tayar Corsa S saiz 120/80 ke Europe untok ditukar. Tak payah risau, cakap sahaja dimana dan bila nak! Artic Tayar sedia bergolek ke sana untok Anita Yusof.
Bukan itu saja, kami ada buat surprise kepada Anita Yusof, kali ini Kilang STT Racing Sprocket sendiri telah mengkastem sprocket khas “Namamu diSprocketku”. Sesuailah sangatlah yang mana jiwanya pun juga umpama Harden Steel seperti Sprocket STT.
Semoga Kak Nita teros sehat dan teros Rock N Ride di bumi eropah. Buat masa nih, Kak Nita sedang berada di satu negara yang menjadi impian Mat Metal untok layan konsert disana. Apa nama negara tu? hehe… Gua dah kasi hint tu…
Terima kasih kepada :
HONLID MOTOR PARTS
ARTIC TAYAR (Seri Kembangan)
STT RACING SPROCKET
Untok lebih banyak cerita menarik, boleh terus ke rangkaian sosmed kami:
FB : Majalah Kapcai Malaysia
Youtube : Majalah Kapcai TV
Tiktok : @majalahkapcaimalaysia
Tiktok : @cerita2roda
Instagram : @touringkingdom
Comments
Loading…