in

ROYAL ENFIELD MALAYSIA LANCARKAN SCRAM411

Didi Group pengedar tunggal Royal Enfield di Malaysia dan rantau Asia Pasifik telah melancarkan satu lagi model terbaru dari Royal Enfield iaitu Royal Enfield SCRAM411. Royal Enfield SCRAM411 telah diperkenalkan buat julung kalinya di India pada bulan March 2022. Koleksi terbaru dari Royal Enfield kali ini menampilkan sebuah motorsikal ala-ala “scrambler” yang sesuai untuk perjalanan pengembaraan, tunggangan lasak dan juga tunggangan di dalam bandar.

Terdapat tiga varian Royal Enfield Scram 411 yang dibawa masuk ke Malaysia iaitu Premium, Pertengahan dan Asas di mana ketiga-tiga varian ini memiliki spesifikasi yang sama dan dipasang dengan kerangka Harris Performance.

Untuk keselesaan penunggang dan pembonceng pula, bahagian seat lebih lebar, panjang dan lembut menjadikannya sangat sesuai untuk perjalanan di dalam bandar dan jarak jauh manakala tayar yang di bekalkan untuk kegunaan SCRAM411 adalah tayar dari jenis dwi fungsi yang sesuai untuk kegunaan di atas permukaan laluan “off road” dan di atas jalanraya biasa. Dengan menggunakan rim yang agak besar iaitu 19 inci di bahagian hadapan dan 17 inci di bahagian belakang, SCRAM411 mampu meredah laluan berbonggol atau berlubang dengan baik.

Untuk menampakkan lagi penampilan ala scrambler, kedudukan pemegang (handle) dan suspensi hadapan dibuat lebih tinggi. Seperti Royal Enfield Himalayan, SCRAM411 turut dilengkapi dengan enjin LS-410.

Encik Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Kumpulan Didi berkata, “SCRAM411 adalah model baharu yang direka untuk pelbagai guna tunggangan untuk tunggangan lasak (off road), di dalam bandar dan juga sesuai untuk pengembara yang gemar menempuh laluan di dalam kawasan hutan. Tiada keraguan model ini akan berjaya menarik minat di kalangan peminat permotoran di Malaysia”.

Manakala Ketua Perniagaan Royal Enfield untuk Asia Pasifik Anuj Dua pula berkata, “SCRAM411 mampu menguasai sebarang keadaan bentuk muka bumi dan sedia berdepan dengan sebarang situasi dan cabaran. Apabila kami mula membina SCRAM411, kami berusaha untuk mencipta sebuah motosikal yang berbeza dari segi penampilan dan penggunaan daripada motorsikal yang sedia ada di pasaran global. Di rantau Asia Pasifik, motorsikal Kembara (adventure) kini semakin menjadi popular dan sedang berkembang dengan pesat dan kami percaya SCRAM411 mampu menjadi motorsikal pelbagai guna yang hebat dan di minati ramai. SCRAM411 yang mudah dikendalikan di dalam bandar dan untuk perjalanan jarak jauh berpotensi besar untuk menguasai segmen scrambler/adventure di Malaysia pada satu masa nanti”.

Spefikasi Royal Enfiel SCRAM411 :

*Enjin LS-410 satu silinder dengan sistem suntikan bahan api dan penyejukan cecair
*Kapasiti enjin 411 cc
*Kuasa Maksima 24.3 hp @6,500 rpm dan 32 Nm tork pada @4,500 rpm
*Brek ABS 2 piston di hadapan dan belakang rim.
*Panel meter digital dan analog
*Gear 5 kelajuan
*Pemula enjin elektrik
*Tangki petrol 15 liter.
*Rim belakang 19 inci, Rim hadapan 17 inci
*Berat 185 kg.
*Jaminan pengilang 3 tahun.

Harga SCRAM411 yang di sarankan adalah seperti berikut:
*Premium RM 27,400 (White Flame dan Silver)
*Pertengahan RM27,100 (Skyline Blue dan Blazing Black)
*Asas RM26,900 (Graphite Yellow, Graphite Red dan Graphite Blue).

Peminat Royal Enfield SCRAM411 kini boleh menghubungi pengedar Royal Enfield berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MODENAS TAWAR PROGRAM LANJUTAN WARANTI/JAMINAN

REVIEW RINGKAS AVETA SVR180. INI BARANG MERECHIKKK!