in

MODA Sporter-S MEMBERI SALAM KEPADA RAKYAT MALAYSIA, ENJIN 250cc PADA HARGA RM17,888.

Mdua Motor Sdn. Bhd, anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI) telah melancarkan sebuah jenama motosikal tempatan baharu MODA, yang fokus dalam memasarkan produk skuter ke seluruh pasaran Malaysia. Bersempena dengan pelancaran jenama MODA, turut dilancarkan pada majlis tersebot ialah Skuter MODA Sporter-S yang berkapasiti 250cc! Ya.. First time keluar motor sendiri, dia tak kasi chance dah, teros keluar 250cc Nohhh!

Pengenalan model skuter oleh MODA ini adalah sejajar dengan perkembangan pesat segmen skuter di Malaysia dimana skuter kini mula menjadi pilihan utama rakyat Malaysia termasuk golongan muda yang sebelum ini lebih tertumpu kepada segmen kapcai.

Faktor kepelbagaian fungsi, kos yang berpatutan, dan oraktikaliti di kawasan bandar. Di negara jiran seperti Indonesia, Thailand, dan Vietnam, skuter telah mendominasi pasaran dua roda mereka sejak sekian lama.

Di Malaysia pula, jualan serta pasaran skuter mula meningkat kesan dari kesedaran terhadap keperluan pada kenderaan yang menjimatkan bahan api, lebih mesra alam, lebih selesa dan mudah dikendali termasuk oleh golongan remaja dan wanita.

MODA Sporter-S: Gabungan Gaya dan Prestasi.

Pengenalan MODA Sporter-S secara tidak langsung membuka ruang kepada segmen baru dengan rekabentuk berinspirasikan motosikal sukan “sportsbike” yang mengetengahkan rekabentuk yang lebih aerodinamik dan berani. Kebanyakan skuter di pasaran Malaysia ketika ini menampilkan reka bentuk sporty dan unik bertujuan untuk menarik minat penggemar motorsikal di Malaysia.

MODA Sporter-S juga dilengkapi dengan beberapa ciri keselamatan canggih seperti yang terdapat pada sebuah “sportsbike”. Antaranya ialah cakera brek berkembar di bahagian hadapan yang dikombinasikan bersama sistem ABS dua saluran (depan dan belakang) yang dilengkapi brek kaliper 4-injap untuk daya brek yang lebih cekap padu. Teknologi kawalan Traction Control System (TCS) pada Sporter-S juga turut memastikan kestabilan ketika membelok dilaluan yang berliku.

Antara ciri ciri menarik yang terdapat pada MODA Sporter-S ialah tangki petrol dengan kapasiti 13 liter yang mampu membawa penunggang untuk jarak perjalanan yang jauh. Ruang simpanan barang di bawah tempat duduk dapat memuatkan dua topi keledar sekali gus. Lampu hadapan ultra-terang LED Matriks, kekunci pintar, hubungan tanpa wayar antara peranti telefon dan skrin besar berwarna TFT bersaiz 6.2 inci yang menyokong panggilan serta navigasi penuh semasa tunggangan. Dengan hamburan kuasa 24.8hp, MODA Sporter-S adalah antara skuter terbaik dan berkuasa di dalam kelasnya

Menurut Micheal Yeoh, Penolong Pengurus Besar Mdua Motor Sdn. Bhd., MODA Sporter-S telah direka serta dibangunkan dengan berpegang kepada asas ‘By Bikers, For Bikers’ (Dari Penunggang, Untuk Penunggang). Beliau turut menambah, MODA Sporter-S akan menjadi pilihan ideal bagi penunggang di Malaysia dengan tawaran reka bentuk sporty, aerodinamik, dan dilengkapi ciri seperti sistem brek ABS serta enjin berspesifikasi Euro-4 yang cekap bahan api, atau dalam bahasa mudah paham, jimat minyak lah!

MODA Sporter-S ditawarkan Pada Harga RM17,888 datang dalam dua warna menarik iaitu, Sporty Red dan Meteor Grey, Kini boleh didapati di pengedar sah MODA di seluruh negara.

Spesifikasi MODA Sporter-S:

*Enjin- 4-Injap, 1-Silinder, SOHC
*Sistem Bahan Api- Suntikan Elektronik (BOSCH EFI)
*Pengurusan Enjin- Elektronik (BOSCH)
*Penghidup Enjin- Elektrik
*Pencucuhan- Transistor Penuh
*Transmisi- CVT
*Pensijilan- Euro 4
*Kapasiti Enjin- 244cc
*Kuasa Maksimum- 24.8 Hp @ 8500 rpm
*Tork Maksimum- 22.5 Nm @ 6500 rpm
*Sistem Penyejukan- Cecair (Radiator Panasonic)
*Brek Hadapan- ABS 260mm Cakera Terapung Berganda
Brek Belakang- ABS 240mm Cakera Tunggal
*Suspensi Hadapan- Fork terbalij(USD)
*Suspensi Belakang- Penyerap Hentakan Boleh Laras
*Sistem Kunci- Kunci Pintar (Nirwayar)
*Jarak Roda- 1538 mm
*Jarak dari tanah- Minimum 165 mm
*Berat- 186 Kg
*Kapasiti Tangki- 13 Liter

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

ZONTES 368G MULA BEREDAR DI MALAYSIA, HARGA HAMPIR RM29K.