in

JOM BOOKING KAWASAKI ZX-6R! RM59,900 Ajerrrr…

MODENAS melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R yang ditunggu-tunggu, direka bagi menghubungkan jurang antara motosikal sukan peringkat permulaan dan motosikal berkapasiti besar.

Diilhamkan daripada ZX-10R, ZX-6R ini menampilkan corak hadapan dan sisi yang diperbaharui, skrin yang disemak semula, lampu LED baharu, dan penutup enjin berwarna hitam.

Ciri Utama:
Paparan TFT Berwarna Penuh 4.3 inci dengan mod tunggangan yang berbeza (Sukan, Jalan, and Hujan).
Tetapan kawalan cengkaman dan kuasa yang boleh disesuaikan.

Harga yang Disyorkan (tidak termasuk insuran dan cukai jalan): RM59,900.
Pilihan Warna: Metallic Flat Spark Black / Ebony & Lime Green / Ebony

Bagi mematuhi piawaian pelepasan Euro 5, ZX-6R telah direka bentuk dengan paip pengepala baharu dan profil sesondol yang diperbaharui, meningkatkan prestasi pada tahap rendah.

Model ZX-6R boleh ditempah awal di semua bilik pameran Kawasaki All-Star mulai 1 Disember 2024. Tempoh pra-tempahan berlangsung daripada 1 Disember sehingga 31 Januari 2025 berserta RM500 sebagai wang pendahuluan untuk tempahan, dengan 50 pemilik pertama akan menikmati acara penyerahan ekslusif di Sepang pada Februari 2025. Jangan ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini !

KONVOI MOTOGP: GELOMBANG HIJAU

Selain pelancaran produk, MODENAS menganjurkan konvoi MotoGP terbesar ke Litar Antarabangsa Sepang dengan penyertaan seramai 400 orang pemilik Kawasaki. Konvoi ini bermula di Glenmarie pada pukul 8.30 pagi dan di eskot oleh pihak Polis bagi tujuan keselamatan.
Mempamerkan pelbagai model Kawasaki, dan memberikan platform untuk penunggang berkenalan dan menjalin persahabatan baharu. Para peserta konvoi menerima satu tiket K1 Grandstand, baucar makanan dan T-Shirt eksklusif konvoi MotoGP 2025 daripada Kawasaki. Ini merupakan salah satu acara tahunan yang menarik minat para pencinta dua roda dari seluruh negeri di Malaysia. Buat Raider2 yang join konvoi, simpan elok2 T-Shirt konvoi tu. Lagi 30 tahon kompom jadi barang berharga RM570K Nohhh!

KENYATAAN CEO:
Tuan Roslan Roskan, CEO MODENAS berkata, “Kami berbangga melancarkan Modenas Eliminator dan Kawasaki ZX-6R di acara berprestij seperti MotoGP 2024 ini. Model–model ini mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan kualiti, direka untuk memenuhi keperluan semua pencinta motosikal. Kami percaya bahawa Eliminator akan menarik penunggang baharu yang mencari motor permulaan yang unik, manakala ZX-6R menawarkan prestasi dan keseronokan yang diinginkan oleh penunggang yang berpengalaman. Kami berbangga untuk menyokong komuniti motosikal Malaysia dan berharap dapat terus meningkatkan penawaran produk kami”.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi MODENAS dan Kawasaki Malaysia.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di Talian Tol Percuma 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MODENAS ELIMINATOR 500 RASMI MENYERANG MALAYSIA, BAHKAN HARGANYA DILUAR JANGKA!

GENG SKOOT NOUVO AT115 KERTEH : DEMAM SKOOT BAKAL KEMBALI ?