in

Hafizh Buat Kerja Giler di Sepang!

 

 

 

 

Tak tahulah sama ada kene paksa ker, paksa rela ker, atau memang dia nak buat kerja giler. Penunggang idola seantero Malaya, Hafizh Syahrin Abdullah masuk dua-dua ‘race’ moto dan kereta di ‘event’ RACES OF MALAYSIA, yang diadakan buat julung-julung kalinya di Litar Antarabangsa Sepang dari 12 hingga 15 Disember 2019 yang lepas.

Pada gua, keputusan untuk ‘race’ perlumbaan EWC ‘8 Hours of Sepang’ bolehlah kira logik dan menepati citarasa ramai. Tapi, untuk ‘race’ juga dalam lumba kereta ‘World Touring Car Championship’ atau WTR memang susah sikit minda gua nak terima. Mengapa Hafizh Syahrin? Kenapa tidak Wak Tempe Fariqe Hairuman, atau Tengku Djan Ley?

Mungkinkah Hafizh dijanjikan habuan besar daripada SIC? Ataupun, Hafizh bersedia demi menunaikan tanggungjawab patriotik kepada negara, nusa dan bangsa, dan menyelamatkan ‘event’ berkenaan. Apapun, kehadiran Hafizh – satu-satunya penunggang Malaysia yang pernah bertanding di pentas MotoGP – memang kasi impak jugak pada ‘event’ ini.

Atas kertas, memang ‘event’ ini cukup ‘happening’. Kalau tengok senarai penunggang yang bertanding dalam EWC – ramai yang bukan calang-calang ‘rider’. Ada MotoGP rider, ada WSBK ‘rider’; berlambak ‘ex-rider’ MotoGP dan WSBK, jaguh-jaguh Asia termasuk juara baru Asia Road Racing Championship, Azlan Shah Kamaruzaman dan tentunya bersepah jaguh-jaguh lumba ‘endurance’ dari seluruh pelusuk dunia.

Mengibarkan cabaran pasukan Yamaha Sepang Racing bersama-sama dengan pelumba MotoGP Petronas Yamaha Racing Team, Franco Morbidelli, dan penunggang WSBK dan bekas pemenang Suzuki 8 Hours, Michael van der Mark, Hafizh Syahrin – pada gua dan angkatan Y-suku di Sepang – sememangnya ‘favourite’ lah untuk menang. Dengan itu, apabila gandingan tiga pelumba ‘awesome’ ini mengungguli sesi kelayakan pada hari Khamis, 12 Disember, semua yang berada di SIC tidak terkejut.

Tetapi, sementara semua penunggang lain berehat pada keesokkan harinya, Hafizh Syahrin turun beraksi lagi – kali ini memacu jentera Hyundai i30 N TCR untuk pasukan Hyundai Team Engstler bersama-sama dengan Mitchell Cheah, yang pada bulan lepas memenangi perlumbaan Sepang 1000 Kilometer Endurance Race (S1K) bergandingan dengan Fariqe Hairuman dan pasukan Proton R3 Motorsports.

Kali ini, Hafizh ‘struggle’ sikit. Berlumba kereta untuk kali kedua, Hafizh, yang pertama kali lumba kereta di S1K, nyata mengambil masa sedikit untuk ‘adjust’ kepada ‘4-wheel’. Sesi latihan bebas nampak berjalan dengan baik. Tapi, bila masa ‘qualifying’ dan semua pemandu tekan ‘pedal’ sampai habis, Hafizh sekadar mendapat tempat ke 29 daripada 30 kereta yang bertanding. Pemandu di tempat ke 30 itu adalah rakan senegara, Douglas Khoo. Tapi, kalau tengok ‘timing’, tak lah teruk sangat. Tapi, kita semua kan kenal Hafizh Syahrin – standard beliau sentiasa tinggi; lalu dia menyuarakan rasa kurang puas hati dengan prestasi dan berazam untuk catat keputusan cemerlang masa ‘race’ nanti. Tapi, itu kita biar dulu – kita layan EWC dulu.

Dan, untuk hari ketiga berturut-turut, langit membasahi bumi Sepang. Kami dari angkatan pemilik Y-suku dan penyokong setia Yamaha serta Hafizh Syahrin senyum lebar di trek. Suasana memang dicipta untuk Pescao – Litar Sepang dan trek basah. Malangnya, ini kes terlalu basah dan perlumbaan asal, yang dijadualkan bermula pada 1 tengahari ditangguhkan. Pukul 3 petang ‘start’ balik; tetapi tangguh lagi kerana Sepang masih hujan.

Menjelang 6 petang, hati kami berbunga kembali apabila ‘safety car’ kembali masuk trek. Perlumbaan akan dimulakan semula; dan angkatan pemilik Y-suku bersedia untuk menyorak buat wira negara, Pescao. Malangnya, yang keluar untuk pasukan Sepang Yamaha Racing adalah Michael van der Mark. Memang alamak!!!! Kenapa Mark???? Ini ‘race’ sudah pendek kepada tiga jam. Ini trek basah. Ini trek untuk Hafizh Syahrin. Strategi kepala bana apa yang dia orang pakai ni. Kasi lah Hafiz bawak dulu untuk buka ‘gap’ di depan.

Walaupun tidak berapa gembira Hafizh ‘stay dalam pit untuk menunggu giliran menunggang, angkatan Y-suku terus sokong Team Yamaha Sepang ini. Tapi, baru nak syok, van der Mark tersungkur di Turn 15. Dia berlari kembali ke moto dan ‘start’ balik. Malangnya, moto dia tak boleh pergi. Moto Y-suku kami lebih laju lagi. Dia sampai balik ke pit selepas 8 minit dan team terus buat kerja-kerja ‘repair’. Tapi, masa tu, pasukan-pasukan lain sudah berdesup pergi. Dan, kebanyakan kami kembali layan game PUBG kat fon. Hatiku kecewa.

For the record, Yamaha Sepang Racing dapatlah tempat ketujuh; selepas mereka kejar balik daripada belakang – memintas satu per satu moto lawan. Perlumbaan EWC pertama di Litar Sepang diungguli oleh YART Yamaha Racing; yang menampilkan gandingan Broc Parkes, Fritz Marvin dan bekas penunggang MotoGP, Niccolo Canepa. Gandingan setiakawan Asia Tenggara Zaqhwan Zaidi dari Malaysia, Andi Farid Izdihar dari Indonesia dan Somkiat dari pasukan Honda Asia Dream Racing with Showa dapat tempat kedua. Kategori Superstock pula dimenangi oleh Team MOTO AIN, yang menampilkan Roberto Rolfo, Robin Mulhauser dan Hugo Clere dengan jentera Yamaha YZF-R1. Kira ok lah, Yamaha menang dan kami dari angkatan Y-suku bolehlah jugak raikan kemenangan.

Race kereta WTCR ini, kita orang tak berapa layan. Tapi, kita orang kena lah jugak tabik spring pada Hafizh. Memang ada bakatlah untuk race kereta. Masa S1K, nasib tak baik, kereta kena sondol dari belakang. Di WTCR ini, terserlah juga kehebatan beliau bawak kereta. Ingat hebat kat highway jer.

Daripada ‘qualifying’ dapat nombor 29, Hafizh dapat nombor 25 pada Race 1. Race 2 dapat nombor 22 dan pada Race 3, yang diadakan pada malam dengan trek basah dengan hujan renyai-renyai, pelumba MotoGP negara itu ‘live up’ kepada reputasi beliau sebagai Pescao atau ‘The Fish’ untuk dapat tempat ke 15.

Kira, tersangatlah OK. Tak adalah kena sondol macam dalam S1K.

Text – Azhar Ghazali
Photo – Hazrin

What do you think?

Avatar

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Lekir Highway Patrol Ride Ride Ke Janda Baik & Lemang To’Ki

YAMAHA X-MAX 2020 Kaler Baru Nohhh!